Tujuh tahun lalu, Rifeaden Dion Hakimi, remaja Malaysia berusia 16 tahun, berdiri di pentas Battle of The Band ASEAN di Jakarta sebagai gitaris muda dari kumpulan The Slackers. Di tengah dentuman gitar dan sorakan ribuan penonton, pandangannya secara tak sengaja bertemu dengan seorang gadis - Made Devi Ranita Ningtara, anggota JKT48 yang saat itu baru saja pulang dari latihan. Sekilas pandang, tapi cukup untuk menanam rasa yang tak pernah hilang.
Tujuh tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula di Kolej Seni Kuala Lumpur.
Devi kini sudah menjadi anggota KLP48, cabang Malaysia untuk idol group Asia yang terkenal dengan disiplin dan batasan ketat terhadap hubungan cinta.
Sementara itu, Hakimi kini mengetuai kumpulan muzik AJORA, band kampus yang sedang naik daun dengan lagu-lagu penuh emosi dan kisah nyata.
Pertemuan semula mereka bukan sekadar nostalgia - ia membuka lembaran baru antara dunia idol dan dunia muzik, dua alam yang jarang bersatu.
Devi cuba menahan perasaannya kerana statusnya sebagai idol, sedangkan Hakimi pula berjuang membuktikan cintanya bukan sekadar kagum, tapi sebenar-benarnya cinta.
Namun, di sebalik senyuman dan lagu cinta, tersimpan luka lama:
Hakimi pernah dikhianati cinta hingga hampir mengorbankan nyawanya.
Devi pula berperang dengan tekanan dunia hiburan yang tak membenarkan dirinya jatuh cinta.
Antara panggung dan pentas, antara mikrofon dan spotlight, dua jiwa ini cuba mencari makna cinta sebenar - cinta yang menembusi batas agama, negara, dan masa lalu.
Tapi mampukah mereka bertahan bila dunia mula menentang?
Selepas 3 bulan sejak pertarungan dahsyat dengan Keres, galaksi kembali aman semula tetapi tidak semua berasa lega dan tenang selepas pertarungan itu. Mereka yang terlibat dengan pertarungan itu tahu yang galaksi masih lagi belum selamat. Stesen Tapops, Laskar, beberapa stesen angkasa dan kerajaan lain termasuk Zahara bekerjasama untuk mencari musuh dalam Keres. seseorang atau alien yang lebih kuat dan berbahaya, musuh yang sebalik semua perkara ini berlaku.
Sementara itu, pasukan Bbb dan Ren masih lagi mencari keberadaan Bbb dan Kenji yang masih lagi menghilangkan diri. Ren tahu sebab kenapa Bbb lakukan semua ini tapi dia perlu pastikannya dulu dan ingin adiknya semula walaupun dia ada masalah besar dia perlu selesaikan. Bbb pulak sudah bertekad akan selamatkan Azrael kali ini dan selesaikan semua ini sejak ia mula walaupun dirinya makin hilang disebabkan beban dia perlu pikul.
Ingin tahu apa berlaku? Sila baca sampai habis dan sentiasa sokong author^.^ Ingat, ini sambungan dari buku 2 jadi sesiapa yang belum baca buku 2 diwajibkan baca sebab ia penting. Tatatititutu!!! Oh! Jangan lupa baca buku 1 juga kalau buku 2 belum baca haha!
Semua watak ialah hak milik Monsta kecuali watak bukan Monsta punya ialah hak milik Author Mirin sendiri.