Satu kenyataan menghentam hidup Aireen Maliqa hingga menjadikan setiap hari bagai medan perang. Setiap langkah yang diambil seolah-olah mengira detik ke satu penghujung yang tidak dijangka. Dalam dunia yang penuh luka dan cemuhan, terutama dari insan yang sepatutnya melindungi, Aireen hilang punca untuk terus berjuang, merasakan dirinya cuma beban yang tidak layak untuk bahagia dan hanya patut biarkan sahaja dirinya pergi seperti yang diperkatakan.
Kemunculan semula Hazrien Aryan, lelaki dari masa silam yang pernah menghuni hatinya dalam diam, menghidupkan semula rasa yang sudah lama dipendam. Aireen berpura-pura tiada apa yang tinggal, seolah rasanya sudah tiada. Namun setiap renungan Hazrien, setiap kata yang terucap, menggoyahkan tembok yang dibina selama ini.
"Allow me to be by your side, allow me to take care of you." - HAZRIEN ARYAN
Sebaris rangkap ayat yang diluahkan membuatkan Aireen merasai dia berhak untuk dicintai meskipun hanya untuk seketika. Dan saat tangan hampir menyentuh cahaya yang sekian lama dirasakan mustahil untuk dicapai, dunia sekali lagi meruntuhkan segalanya. Sebuah kebenaran yang tak terjangka akhirnya terbongkar, meranapkan terus jiwanya.
Diam-diam dia dikhianati. Tanpa suara, dia dilukai.
"Istilah mula tak sepatutnya wujud dalam kamus hidup kita, dari awal lagi." - AIREEN MALIQA
Dan pada akhirnya, Aireen mula bertanya, adakah ruang untuk dia bahagia atau segalanya hanya satu fantasi yang tidak mampu dia gapai?
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang