Memori Hitam

Memori Hitam

  • WpView
    Reads 10
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Aug 1, 2025
WpInfo
Fiction
Mystery
Bertahun-tahun gadis itu hidup tanpa emosi. Mungkin jasadnya kini di bumi tetapi perasaannya kosong setelah kejadian itu. Berkali-kali dia mencuba untuk melupakan perkara buruk yang telah berlaku pada kehidupan lalunya tetapi bayangan hari itu kekal menghantui dalam ingatan. Airis memandang Eyna dengan rasa bimbang. Dia takut gadis itu akan kembali melakukan perkara itu lagi. Entah kenapa dia menatap ubat di tangannya dengan cukup lama menimbulkan kebimbangan di hati Airis. "Eyna, Eyna okey ke?",soal Airis yang kegusaran memerhati tingkah laku Eyna. Eyna yang tadinya diulit dengan bayangan lama kembali tersedar lalu tersenyum memandang Airis sebelum mengangguk. Dia tahu Airis risau akan dirinya yang tidak seceria dahulu. Sehinggalah hari itu tiba..... "Nama Cik, Saidatul Afeena ke?", soal pekerja penghantar barangan itu kepada Eyna ketika memasuki farmasi itu. Eyna mengangguk. Pekerja itu menyerahkan bungkusan itu kepada Eyna sebelum bergerak keluar. Dia mengerutkan dahi kerana tidak pernah menerima sebarang bungkusan sebelum ini tetapi entah kenapa pada hari itu, dia menerima bungkusan misteri itu dengan tiba-tiba. Walaupun agak risau, dia mengambil keputusan untuk membuka bungkusan itu. Eyna terdiam dan menjarakkan diri daripada kaunter pembayaran apabila melihat isi daripada bungkusan itu. Tangannya terketar-ketir melihat darah yang mengotori jari jemarinya. Eyna terduduk dan cuba mengawal pernafasannya yang terasa sesak secara tiba-tiba. Pada waktu yang sama, telefonnya tiba-tiba berdering. Dia ingin menjawab panggilan itu kerana beranggapan bahawa panggilan itu sama ada daripada Airis atau abangnya. "Selamat hari jadi, Saidatul Afeena",ucap suara misteri daripada panggilan telefonnya membuat Eyna terus mencampakkan telefonnya. "Cukup, jangan kacau hidup aku lagi!",jerit Eyna namun dibalas dengan hilaian ketawa seumpama bahagia melihat gadis itu ketakutan dan terseksa.
All Rights Reserved
#377
misteri
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Mi Señora
  • C | Obsessed Mafia: Tengku Carlind
  • NEXUS [C]
  • SENDIRI [ BY F] [COMPLETE]
  • 𝗚𝗛𝗢𝗦𝗧 𝗢𝗙 𝗗𝗘𝗖𝗘𝗜𝗧
  • KETAGIH
  • Mr. Secret Admirer [C]
  • Mrs. Ariq Ayden
  • Fath's Lily (SU-OG)

Qaireen Al Hidayah, seorang pegawai khas dari Malaysia, dihantar ke Moscow untuk menjalankan satu misi yang mampu mengubah seluruh hidupnya. Apa yang bermula sebagai tugasan biasa akhirnya menemukan dia dengan seorang lelaki yang penuh misteri...Mikhail Ivanov. Di mata dunia, Mikhail hanyalah seorang ahli perniagaan berpengaruh yang dihormati ramai. Namun di sebalik ketenangan wajahnya, tersimpan pelbagai rahsia, beban dan tanggungjawab yang tidak pernah diketahui oleh Qaireen. Pertemuan mereka dipenuhi salah faham, perdebatan dan rasa curiga. Namun sedikit demi sedikit, hubungan yang pada awalnya dibina atas dasar ketidakpercayaan berubah menjadi sesuatu yang jauh lebih mendalam. Dalam dunia Mikhail yang dipenuhi risiko, Qaireen hadir sebagai cahaya yang tidak pernah dia sangka akan ditemui. Ketika cinta mula berputik, masa pula menjadi musuh mereka. Apabila ancaman lama kembali menghantui, Mikhail terpaksa membuat pilihan paling sukar dalam hidupnya melindungi wanita yang dicintainya atau membiarkan dirinya kehilangan segala-galanya. Qaireen pulang ke Malaysia dengan hati yang berat, tanpa mengetahui bahawa lelaki yang sentiasa memanggilnya "Mi Señora" sedang menghadapi pertempuran terbesar dalam hidupnya. Sehinggalah... Satu panggilan telefon mengubah segalanya. Berita yang diterimanya memusnahkan seluruh harapan yang masih tinggal, meninggalkan hanya kenangan, sebuah jam tangan, dan kata-kata terakhir yang tidak pernah sempat difahaminya. Namun... Adakah benar kisah mereka berakhir di situ? Atau masih ada rahsia yang belum terbongkar? Mi Señora ialah sebuah kisah tentang kepercayaan, pengorbanan, kehilangan dan harapan membuktikan bahawa cinta sejati kadangkala tidak hilang, tetapi menunggu saat yang tepat untuk kembali. Start: 20 Januari 2026 End: 25 July 2026 By: AMNI_1903 Book cover by: Rara167

More details
WpActionLinkContent Guidelines