Sinopsis - Aku Bukan Sempurna, Tapi Aku Miliknya
Farhalexa Amarelle dan Durrael Arfyaan bukanlah pasangan yang sempurna, namun takdir menyatukan mereka dalam sebuah perkahwinan yang penuh cabaran, kesilapan, dan luka lama yang belum sembuh. Farhalexa, seorang wanita yang lembut,tegas tetapi sensitif, sering terbeban dengan tanggungjawab keluarga dan anaknya, Rayan Afeef, yang polos dan menjadi pengikat hati antara ibu bapanya. Durrael, seorang lelaki penyayang namun ego kadang-kadang menimbulkan jurang di antara mereka, berjuang untuk membuktikan kesungguhannya sebagai suami dan ayah.
Perjalanan mereka dipenuhi konflik, salah faham, dan perasaan cemburu, namun juga tawa dan momen manis yang lambat laun membuka hati masing-masing. Dari pergolakan emosi, ketakutan untuk percaya, hingga langkah-langkah kecil menuju perdamaian, Farhalexa amarelle dan Durrael arfyaan belajar bahawa cinta tidak memerlukan kesempurnaan-hanya kesabaran, keikhlasan, dan kesungguhan untuk bersama.
Dengan Rayan Afeef sebagai penghubung mereka, keluarga kecil ini melalui pelbagai episod-dari percutian yang penuh ketenangan, pertemuan hangat dengan keluarga kedua belah pihak, hingga hari-hari sederhana di rumah yang penuh tawa dan kasih sayang. Perlahan-lahan, luka lama sembuh digantikan dengan kehangatan, kepercayaan, dan harapan baru.
Akhirnya, mereka sedar bahawa meskipun hidup tidak sempurna, mereka sudah mempunyai satu sama lain-cukup untuk membina keluarga yang utuh, bahagia, dan penuh cinta.
"Aku Bukan Sempurna, Tapi Aku Miliknya" adalah sebuah kisah tentang kesabaran, pengampunan, dan perjalanan cinta yang perlahan namun pasti, mengingatkan kita bahawa kebahagiaan sejati wujud apabila kita saling percaya dan menghargai satu sama lain.
[SLOW UPDATE]
Genre: Healing Romance + Slice of Life
Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️
Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri.
Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama.
Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci.
Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu.
Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan.
Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam.
"Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan-
"Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman-
Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya.
🚨WARNING🚨
TW: TRINGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD)
100% my idea
No plagiarism allowed, thank you.
Highest Rank
#1 Healing
#1 Healing Romance
#1 Romance-thriller
#1 Cinta
#1 Persahabatan
#1 Siblings
#1 Trauma
#1 Family
#1 Keluarga
#1 Wattpad Malaysia
#3 Cinta selepas nikah
#5 Revenge
#6 Bromance
#6 Cute
#6 Clingy
#7 Romance
#15 Love
Start published: 1/1/2025