✧ 𝑭𝒂𝒏𝒇𝒊𝒄𝒕𝒊𝒐𝒏 ✧
⸻
"Kadang I fikir, mungkin I tak layak dicintai sebaik ini. Sebab I masih terlalu takut untuk lepaskan tangan sendiri, apatah lagi genggam tangan orang lain." - Alyanna Ayreen.
"Walau dunia terbelah dua, langit jatuh menimpa bumi-selagi nafas ini ada, tempat I tetap di sisi you. Because you are my peace in this chaos." - Mierul Aiman.
"You remind me of a mystery puzzle. The kind that I usually won't bother with. Sebab I don't like puzzles. I tak suka teka-teki, tak suka plot twist, tak suka spoilers. But for you, I rasa you are worth the guess." - Ayzar Raees
---
✧ 𝑺𝒊𝒏𝒐𝒑𝒔𝒊𝒔 ✧
Alyanna Ayreen, gadis biasa yang hidupnya dibentuk oleh luka lama: ayah yang tidak pernah hadir, cinta yang selalu pergi, dan hati yang belajar untuk tidak percaya lagi.
Ketika peluang kerja di Kuala Lumpur membawanya ke dalam dunia Mierul Aiman-lelaki yang sempurna, memikat, tapi menyimpan rahsia kesepian-sebuah pertemuan sederhana mengubah segalanya. Satu senyuman, satu pandangan, dan sebuah rahsia yang tak sengaja tertinggal mulai mengikat mereka.
Namun di balik layar, niat tersembunyi, manipulasi keluarga, dan masa lalu yang menghantui menguji kepercayaan dan keberanian hati mereka. Salah sangka yang sepele bisa menghancurkan, sementara cinta dan pengorbanan menunggu untuk diuji.
Akankah Alyanna dan Mierul mampu menembus dinding hati, atau akankah rahsia, ambisi, dan pengkhianatan memisahkan mereka sebelum waktunya?
Thea Sophea, seorang gadis kasar dan dingin, membina tembok tinggi dalam dirinya - tembok yang lahir daripada trauma masa lampau yang masih berdarah.
Menghidap PTSD, keresahan melampau dan kemurungan, Thea makin hilang keyakinan untuk percaya bahawa dia juga layak merasa bahagia.
Saat orang lain disokong keluarga yang penuh kasih, dia hanya mampu menumpang teduh pada kasih sayang seorang sahabat sejati.
Namun segalanya berubah apabila muncul Ummar Ridzhan - lelaki tenang dan positif yang perlahan-lahan menggoncang dunianya.
Tembok yang dibina sekian lama akhirnya mula runtuh, sedikit demi sedikit... saat Thea mula percaya bahawa mungkin, dia masih punya peluang untuk membuka hati sekali lagi.
"I wish someone could truly understand why I am the way I am."- Thea Sophea
Namun satu insiden menjadi titik perubahan segalanya.
Diperangkap oleh keadaan dan manusia yang berselindung di sebalik wajah baik, hubungan mereka terpaksa dibawa ke arah yang lebih halal.
"I'm not saying this out of sympathy... or because you're hurt. But because I want you in my life. ... Because you know, maybe... this is the only future that can give you peace." - Ummar Ridzhan
Perkahwinan yang terbina bukan semudah yang disangka.
Ujian demi ujian datang dari manusia berhati hitam yang tidak pernah lelah menabur racun.
Rumahtangga mereka makin diuji. Cinta yang dibina atas luka makin rapuh.
Mampukah mereka bertahan hingga ke akhirnya?
Atau mereka terpaksa mengalah... hanya kerana dunia yang tidak pernah berhenti menguji kesabaran?
******
'Perpisahan hanya ujian masa, kerana akhirnya, kita tetap bertemu semula.'
Start: 1/6/2025
End: ON GOING