Story cover for 𝒁𝑨𝒀𝑡'𝑺 𝑩𝑬𝑳𝑢𝑽𝑬𝑫: My Zahra Luthfia || OG by ALIIYZEEE
𝒁𝑨𝒀𝑡'𝑺 𝑩𝑬𝑳𝑢𝑽𝑬𝑫: My Zahra Luthfia || OG
  • WpView
    Reads 74
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 9
  • WpView
    Reads 74
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 9
Ongoing, First published Aug 02
Ayah Zahra meninggal dunia tidak lama sebelum dia menduduki SPM. Sejak itu, hidupnya berubah. Kini, dia tinggal bersama ibu dan adik bongsunya. Sebagai anak sulung, dia sudah terbiasa memikul tanggungjawab, meskipun kadang-kadang terasa berat.

"Mungkin Allah ambil ayah sebab nak uji aku. Nak tengok sejauh mana aku boleh." -𝒁𝑨𝑯𝑹𝑨 𝑳𝑼𝑻𝑯𝑭𝑰𝑨 

Zahra masih ingat senyuman, suara, dan pelukan hangat ayahnya. Tapi makin lama, semua itu makin kabur. Walau ibunya masih ada, kesedihan tetap menekan. Zahra jarang meluah; senyum dan tawanya sekadar menyembunyikan luka yang tak sembuh.

𝒁𝑨𝑯𝑹𝑨 𝑳𝑼𝑻𝑯𝑭𝑰𝑨 seorang pelajar cemerlang. Ibunya bangga dengan usaha kerasnya. Dia pendiam, nampak tak kisah, tapi mudah terasa. Dia juga mudah terpedaya dan percaya cakap orang, walaupun akhirnya dia yang terluka. Bila diam, maknanya dia simpan sendiri. Tapi dalam hati, dia cuma nak bahagia macam orang lain. Cuma Allah yang tahu apa yang dia rasa.

Sejak bertemu Zayn Ashford, pelajar Oxford dari United Kingdom, hidup Zahra mula berubah. Cara Zayn bercakap, renungannya-semuanya buat Zahra rasa lain. Lelaki itu penuh misteri, sukar dijangka, dan Zahra takut dilukai seperti dulu.

𝒁𝑨𝒀𝑡 𝑨𝑺𝑯𝑭𝑢𝑹𝑫, seorang yang misteri dan tenang, jarang menunjukkan perasaannya. Namun, pada suatu hari, tanpa disedari, hatinya mula terpaut pada Zahra. Semuanya bermula apabila Naureen, sepupu Zahra, secara tidak langsung mendekatkan mereka.

"Why are you so stubborn about listening to what people say? Sampai bila nak keep letting others control your decisions? Sampai mati nak jadi macam ni, hm" -𝒁𝑨𝒀𝑡 𝑨𝑺𝑯𝑭𝑢𝑹𝑫

Why do you care so much about me? You don't know anything about me." -𝒁𝑨𝑯𝑹𝑨 𝑳𝑼𝑻𝑯𝑭𝑰𝑨 

"I know everything about you, so just let me be in your life. You just need to trust me, Zahra" -𝒁𝑨𝒀𝑡 𝑨𝑺𝑯𝑭𝑢𝑹𝑫
All Rights Reserved
Sign up to add 𝒁𝑨𝒀𝑡'𝑺 𝑩𝑬𝑳𝑢𝑽𝑬𝑫: My Zahra Luthfia || OG to your library and receive updates
or
#144student
Content Guidelines
You may also like
Dia Yang Memadam Neraka [Alternative Version] by Qstnaafrn
29 parts Ongoing
‼️ NEW VERSION OF TUHAN, AKU JATUH PADA BIDADARIMU ‼️ Hanya kerana sebuah cincin yang dicuri, harga sebuah kehidupan harus dibayar. Namun, takdir itu sering kali berbelit seperti benang kusut, mempertemukan dua jiwa yang berbeza ibarat malam dan siang. Lelaki yang tidak pernah tunduk pada Tuhan, dan gadis yang menjadikan Tuhan sebagai pelindungnya. "Kau solat hari-hari, kau mengadu hari-hari. Tapi apa yang kau dapat? Hidup kau masih sengsara. Tuhan kau biarkan kau jadi hamba aku. Apa kau tak rasa bodoh bersujud pada sesuatu yang tak pernah tolong kau?" - Jason Jason adalah bara yang tak pernah padam, mencengkam kewarasan dan meratah sesiapa yang mendekati. Dia bukan sekadar bayang dalam tubuh seorang lelaki, tetapi petaka yang merantai masa silam dan masa depan. Qaseh tahu, selagi Jason masih wujud, selagi itu nyawa akan menjadi taruhan. Namun, bagaimana membunuh sesuatu yang tidak berbentuk? Bagaimana menghapuskan gelap yang telah lama berakar dalam jiwa seseorang? Satu-satunya jalan-mengahwini Leonardo. "If marriage, happy family and women are what Jason hates the most, then maybe that's the only way to destroy him," - Qaseh Aulia Bukan kerana cinta, bukan kerana takdir yang indah. Tetapi kerana ini adalah satu-satunya cara untuk memadamkan neraka yang selama ini membakar. Namun, api yang membakar tidak selalu padam dengan air. Ada bara yang tersimpan dalam diam, menunggu masa untuk menyala kembali. Perkahwinan ini bukan sekadar ikatan. Ia adalah pertaruhan. Antara jiwa yang mahu diselamatkan dan kegelapan yang enggan dilepaskan. Apakah Jason benar-benar akan lenyap? Atau Leonardo yang akan tenggelam dalam bayangan sendiri? Kerana ada luka yang tidak pernah sembuh, ada dosa yang tidak pernah terhapus, dan ada kegelapan yang tidak pernah benar-benar mati. Dan ketika semuanya hampir berakhir, barulah Qaseh sedar- Ada api yang hanya boleh padam dengan darah.
Of Ruins and Roses by KaelAuren_
124 parts Complete
Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "π™ΌπšŠπš—πšŠ πš”πšŠπšž, πšœπšŠπš’πšŠπš—πš? π™ΉπšŠπš—πšπšŠπš— πšπš’πš—πšπšπšŠπš•πš”πšŠπš— πšŠπš”πšž." - Rayyan Harith. "π™°πš’πš›πšŠ πšπšŠπš” πš‹πš˜πš•πšŽπš‘. π™°πš’πš›πšŠ πšπšŠπš” πšœπšŠπš—πšπšπšžπš™. π™°πš’πš›πšŠ πš–πš’πš—πšπšŠ πš–πšŠπšŠπš." - Aira Humaira.
EVE [COMPLETE] by _HerVioletta98
57 parts Complete
1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang di sebalik kemalangan yang menimpa abang kandungnya. Dalam mencari dalang kemalangan abangnya. Muncul seorang lelaki misteri yang menyelamatkan dia daripada mangsa buruan geng motor yang lain. Evren Hakimi. Lelaki bermata hijau. Kacukan Turki-Malay. Seorang yang misteri dan muka beku yang sukar dijangka sikapnya. "Motor buruk kau ni esok aku tolong hantarkan." Evren Hakimi. "Motor buruk kau kata? Motor aku punyalah premium kau cakap motor buruk. Motor sendiri pun hauk. Ada hati nak kutuk motor aku!" Arsya Althea. "Nice Canim.I love this position more. So, can you just stop talking right now Canim?" Evren Hakimi. Semakin Arsya menjauh, semakin dia mendekat. Wajah beku dengan sikap yang misteri membuatkan Arsya kalah dengannya jua. Namun, pertemuan antara Arsya Althea dan Evren Hakimi bukan satu kebetulan apabila Arsya tahu siapa Evren Hakimi yang sebenarnya. Siapa lelaki misteri yang muncul dalam hidupnya secara tiba-tiba?Dapatkah Arsya mencari siapa sebenarnya identiti lelaki bermata hijau ini? Apa kaitan Evren Hakimi dan Ayden Al-Fatih, abangnya?Siapa dalang di sebalik kemalangan Abang Ayden? Start: 28 Mac 2023 End: 24 Mac 2024 *Typo bersepah, nanti" sy edit ya😴 🧩This gorgeous cover is edited by @raisynee
You may also like
Slide 1 of 10
[S3] QUEEN'S LOVE βœ“ cover
Meant To Be cover
MATEEN (COMPLETE) cover
Chef, tolong saya! [OG] cover
Cinta Yang Telah Mati [ C ] cover
Izara Dipinang Oleh Putera Sultan(√) cover
Dia Yang Memadam Neraka [Alternative Version] cover
Of Ruins and Roses cover
Peluang Kedua Buatku | (c) cover
EVE [COMPLETE] cover

[S3] QUEEN'S LOVE βœ“

21 parts Complete

✿ *✧-4th peonylimette land-✧*✿ In another version, They continue starting their new life as 6 wives. β†ͺ Flirt like hell β†ͺ Romantic like drama β†ͺ Sweet like honey ⚫⚫⚫⭐⚫⚫⚫ " Can I taste your neck and kiss your lips ? " ⚫⚫⚫⭐⚫⚫⚫ β–· marvelous cover ; @Zwaaee ❀ Start :19/03/2020 End : 22/04/2020 R a n k i n g ; HUMOR #36 [220320] ENJOY #11 [280320]