Lima tahun selepas kematian tragis adiknya dalam sebuah "insiden terpencil", Hana Amani, seorang kaunselor sekolah cuba membina hidup baru sehingga satu malam sunyi, mesej misteri dan gambar lama membuka semula luka yang tidak pernah sembuh. Suara dari rakaman. Wajah yang sepatutnya sudah lama hilang dan nama yang dia cuba lupakan : Rizal Emir.
Kini, rahsia gelap tentang rusuhan yang disembunyikan selama ini mula timbul satu demi satu. Hana terpaksa memilih sama ada terus berdiam demi keselamatan, atau bongkar kebenaran yang boleh menghancurkan segalanya.
Dalam dunia penuh propaganda, siapa sebenarnya mangsa, siapa dalang... dan siapa yang sanggup mati demi kebenaran?
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang