Megat Ghazali, seorang komando elit TUDM berumur 38 tahun, sudah lama menutup pintu hatinya selepas isterinya, Sheila Hanafi, seorang model cantik-meninggalkan dia dan anak mereka, Maya Megat (8 tahun), demi lelaki kaya yang mampu membelinya kemewahan. Hidup Megat kini hanya tertumpu kepada Maya dan tugas negara.
Namun, dunianya yang teratur dan tegas mula huru-hara apabila takdir mempertemukannya dengan Syaza Alyssa, seorang gadis florist berumur 24 tahun yang dibesarkan di rumah anak yatim. Syaza, dengan mulut tajam dan keras kepalanya, tidak gentar melawan setiap arahan 'abang tentera garang' yang dirasakan menyibuk dan suka mengarah.
Bermula dengan salah faham kecil di kedai bunga, pertemuan mereka bertukar menjadi perbalahan yang penuh percikan api. Tetapi, Maya Ghazali yang polos dan manja, semakin tertarik dengan kelembutan Syaza-menjadikan Syaza perlahan-lahan menjadi sebahagian dari dunia Megat yang selama ini kosong dan kelam.
Ketegangan memuncak apabila Sheila kembali, mahu merebut perhatian Megat dan hak penjagaan Maya. Dalam masa yang sama, Syaza bergelut dengan rasa rendah diri, tertanya-tanya apakah tempatnya di sisi seorang lelaki yang jauh berbeza latar belakang.
Dua dunia yang bertembung-seorang komando yang penuh luka dan seorang gadis bunga yang hidupnya penuh kesederhanaan.
Mampukah cinta mereka mekar di tengah badai yang melanda?
Pengemis? Semua orang pernah mendengar perkataan itu. Di mana-mana akan ada pengemis. Kalau tengok pengemis miskin ada orang yang akan hina atau maki betapa bencinya diri dengan pengemis. Samalah dengan situasi sekarang.
"Tak boleh, cik. Semua hancur... Saya tak boleh jual makanan yang hancur dekat orang," -Eshal Arrian
Tutur kata yang lemah lembut dia akan berbicara dengan orang tapi dia selalu diuji walaupun dia tidak berkasar dengan orang. Dia tetap bersabar dengan ujian menimpanya.
Seorang gadis yang kaya membeli dengan pengemis membuatkan pengemis berasa mustahil tetapi dia tetap meneruskan menjual.
"Tak kiralah hancur ataupun tidak, saya tetap nak beli," -Tengku Eshal Qadira
Pertemuan mereka tidak berhenti di situ. Mereka berjumpa pula pada kawasan pantai. Pantai itulah mereka selalu bertemu.
"Eh cik! Cik tengok lakonan saya ke tadi?" -Eshal Arrian
"Meh, saya tolong awak kutip," -Tengku Eshal Qadira
Rasa kesian mula timbul pada keluarga Arrian. Sikit demi sikit Qadira membantu apa yang boleh dia bantu sampailah beberapa tahun Arrian meninggalkan dirinya begitu sahaja.
"Arrian, saya harap awak hilang sekejap je," -Tengku Eshal Qadira
Harapan yang sangat tinggi untuk Arrian pulang semula. Memang Qadira dengan Arrian tiada apa-apa hubungan akan tetapi Qadira ada timbul sedikit rasa suka dengan perangai Arrian yang sentiasa sabar menghadapi makian dan hinaan orang. Di situ mulanya rasa sayang terhadap Arrian.
-No plagiat!
-100% idea sendiri
START : MARCH 9, 2024
END : MAY 15, 2024