SINOPSIS
Dia bukan gadis biasa. Dan aku... bukan lelaki yang waras.
Bermula dengan satu pandangan, aku tahu-aku mahukannya. Bukan sebagai kekasih, bukan juga sebagai isteri... tapi sebagai milikku sepenuhnya.
Atheera, gadis pendiam yang selalu duduk di baris belakang kelas. Tiada siapa peduli tentangnya, kecuali aku. Dalam diam, aku perhatikan setiap gerak-gerinya.
Dan bila dia mula rapat dengan lelaki lain... aku tahu, aku perlu bertindak.
Bagi dunia, aku pelajar cemerlang. Tapi dalam fikiranku, aku cipta dunia di mana hanya ada aku dan dia. Dan sesiapa yang cuba masuk, akan lenyap.
Ini bukan kisah cinta.
Ini kisah obsesi, kegelapan, dan keinginan yang tak pernah ada batas.
Dan aku akan pastikan, dia hanya akan jadi milik aku. Sampai mati.
Di balik senyuman manis dan kehidupan mewah, tersembunyi rahsia yang gelap dan obsesi yang mematikan. Dia hanya ingin memiliki hatinya, tapi obsesi itu membawa lebih dari sekadar cinta - ia menuntut seluruh jiwanya.
Dalam dunia di mana kuasa dan nafsu bertembung, dia tidak akan berhenti sampai wanita itu menjadi miliknya sepenuhnya. Namun, hati yang dikejar bukanlah mudah untuk ditakluk. Ada rahsia, pengkhianatan, dan dendam yang tersembunyi di balik setiap langkah mereka.
Ketika cinta berubah menjadi permainan berbahaya, di mana setiap senyuman boleh menjadi tipu daya, dan setiap janji membawa pengkhianatan, siapa yang akan bertahan? Adakah obsesi mampu membawa kebahagiaan, atau hanya kehancuran?
Maysarin Γ Esra Wildan (karya 1)
-----
7/11/2023 - 13/1/2024
-----
Masa kecil Maysarin tidak indah seperti orang lain. Disaat dia dilayan buruk oleh ibu kandungnya sendiri, ada orang asing yang sanggup menghulur tangan untuk membelanya dengan baik. May tiada pilihan sebaliknya terima huluran tersebut lalu pergi jauh tinggalkan dukanya. Setelah meningkat dewasa, May kembali untuk tuntut haknya sebagai anak.
Kehadiran Esra Wildan yang mengaku kenal dia sedari kecil membuahkan rasa ingin tahu dalam hati Maysarin. Siapa lelaki itu? Kenapa dia tiada memori tentang lelaki itu?
"Awak siapa Es? Saya betul-betul tak ingat. Cerita lah detail lagi, mana tahu saya boleh ingat." - Maysarin
"Itu tugas awak untuk ingat semula, saya tak akan bagitahu." - Esra Wildan.
Cis! Lelaki itu memang banyak helahnya. Namun sedikit sebanyak sikap santainya buat May jadi selesa. Mereka kahwin dan hidup bahagia tanpa gangguan sebaliknya kisah silam yang terbongkar satu demi satu membuatkan May jadi rapuh. Dia boleh jatuh terduduk bila-bila masa sekiranya tiada Esra dibelakangnya.
Kematian orang yang baik dengannya membuatkan May jadi semakin berani melangkah ke depan. Namun pahit untuk ditelan, musuh sebenar adalah darah dagingnya sendiri.
"Kau ni May memang lahir untuk hidup malang. Tuhan pun benci anak haram macam kau. Takdir? Takdir kau balik-balik buat orang yang dekat dengan kau mati dan kau akan dicaci maki sebab berpunca dari kau. Seperti sekarang ni lah, aku maki kau sebab kau buat ayah kau mati." - Puan Amelia
"Bila fikir balik kan... May ni memang bawa sial." - May
"Tiada orang yang lahir malang ke dunia. Tiada orang yang hidupnya bawa sial. Apapun yang terjadi, kita sebagai hamba-Nya harus berpegang pada takdir. Ajal maut bukan urusan kita." - Esra
Ah! Andai saja lelaki itu bukan suaminya pasti sekarang dia sedang terkontang-kanting bertahan sendiri.