Hak Milik Arissa Aura Sofea | Ongoing
20 parts Ongoing Karya-3
𝑨𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂 𝑨𝒖𝒓𝒂 𝑺𝒐𝒇𝒆𝒂 | 𝑫𝒂𝒓𝒎𝒂 𝑱𝒆𝒃𝒂𝒕
"I wanna be yours"- 𝑫𝒂𝒓𝒎𝒂 𝑱𝒆𝒃𝒂𝒕.
ARISSA AURA SOFEA. Nama yang cantik secantik si pemilik namanya. Namun, wajah cantik itu sentiasa tidak dihiasi dengan senyuman. Malah, perwatakan wanita ini jauh berbeza dari perempuan yang lain. Seorang yang dingin dan jarang bergaul dengan orang lain kalau bukan atas urusan kerja.
DARMA JEBAT. Nama yang hebat, sehebat tuan punya nama. Perwatakan lelaki ini sangat berbeza dengan ARISSA AURA SOFEA. DARMA JEBAT merupakan salah seorang ahli dari sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan bodyguard iaitu syarikat Eclipse Force. Perwatakan DARMA JEBAT yang ceria, suka tersenyum dan sentiasa dipenuhi dengan motivasi telah menjadikan hidup ARISSA AURA SOFEA yang gelap menjadi terang dan cerah.
Tanpa ARISSA AURA SOFEA tahu, hidupnya sentiasa berada di dalam bahaya selagi ketamakan seseorang itu tidak hilang. Namun, nasib baiklah DARMA JEBAT sudah bersedia untuk berkhidmat menjadi bodyguard ARISSA AURA SOFEA bagi melindunginya dari sebarang bahaya.
Namun, siapalah mereka untuk menolak takdir bahawa Allah SWT ingin menghadirkan satu perasaan indah diantara mereka berdua.
"Saya rasa...saya nak jadi milik awak, Cik Aura"- 𝑫𝒂𝒓𝒎𝒂 𝑱𝒆𝒃𝒂𝒕.
Apabila mereka mula saling mencintai, mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan dan semestinya DARMA JEBAT lah yang akan menjadi 'perisai' buat ARISSA AURA SOFEA.
"You are mine, Mr. Darma Jebat"- 𝑨𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂 𝑨𝒖𝒓𝒂 𝑺𝒐𝒇𝒆𝒂.
"Yes. I'm yours, baby"-𝑫𝒂𝒓𝒎𝒂 𝑱𝒆𝒃𝒂𝒕.
Berjayakah DARMA JEBAT menjadi pelindung terkuat ARISSA AURA SOFEA? Adakah selamanya DARMA JEBAT akan menjadi HAK MILIK ARISSA AURA SOFEA? Semuanya bakal terjawab dalam... HAK MILIK ARISSA AURA SOFEA.