Cinta mereka bermula dengan seutas surat dan niat suci untuk menjaga batas-namun takdir menambahkan beban yang tidak pernah mereka jangka.
Faiqiha, 24 tahun, pelajar Sejarah berwawasan. Fakhree, 26 tahun, tentera laut yang berdedikasi. Hubungan mereka berkembang secara rahsia melalui suratan hati, jauh dari deringan telefon dan godaan duniawi. Namun, setiap bait cinta diuji oleh tugas berbahaya yang harus dilalui Fakhree-mengawal sempadan laut negara dari pencerobohan asing yang semakin meruncing.
Ketika kapal-kapal asing menceroboh Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia, Fakhree terpaksa mengutamakan tugas negara, meninggalkan Faiqiha dengan perasaan gusar. Sementara itu, ibu Faiqiha bimbang dengan risiko pekerjaan Fakhree yang boleh meninggalkan anak perempuannya sendiri, sekiranya takdir berkata tidak.
Tatkala surat-surat yang biasa ditunggu tiba-tiba terhenti, Fakhree mula resah. Sebuah rahsia yang digenggam diam-diam mengancam ikatan mereka. Di tengah konflik sempadan yang memuncak, mereka terpaksa memilih antara melepaskan atau memegang erat cinta yang diuji waktu dan keadaan.
"Sahmura Sagara" mengajak anda menyelami kerinduan, keberanian, dan cinta yang bersinar walau dalam bayang-bayang ketidaktentuan. Akankah cinta mereka menebal-atau terlerai oleh ujian yang paling nyata?
"Saya sudah tidak sempurna, Fakhree. Kita putus tunang, ya?" -Nur Elnaura Faiqiha
"Elnaura Faiqiha, saya faham awak rasa terbeban sebab kena pikul posisi saya. Tapi awak boleh jerit, pukul, tampar saya. Jangan diamkan diri awak, kalau ayah awak tidak bagitahu saya pasal ini, saya memang ingat awak tekad semata-mata." -Muhd Dalham Fakhree