Story cover for The Second Prince by ThePenaLoka
The Second Prince
  • WpView
    LETTURE 51
  • WpVote
    Voti 13
  • WpPart
    Parti 9
  • WpView
    LETTURE 51
  • WpVote
    Voti 13
  • WpPart
    Parti 9
In corso, pubblicata il ago 12, 2025
Segala memori dan kenangan yang mereka ciptakan selama 6 bulan ini berputar seperti cakera padat dalam kepalanya. Satu-persatu memorinya bersama lelaki itu berlegar-legar di fikiran. Terasa seperti semalam dia dan lelaki itu kenal, berjumpa di kafe fakulti, makan bersama dan berlatih seni mempertahankan diri.

Kimberly Leia Lee...
Cintanya diberikan penuh kepercayaan kepada gerangan manusia bernama lelaki. Namun dengan mudah dan cepat kepercayaannya itu dipecahkan kepada kepingan. Cintanya tidak pernah serapuh itu untuk mencintai seorang lelaki. Namun dengan mudah lelaki itu merapuhkan cinta yang dihulur. Sekeras hati dia menidakkan cinta lelaki itu, hatinya tidak pernah tutup untuk mencintai lelaki itu. Dia tekad menolak, namun hati dan perasaannya seperti satu komponen tubuh yang berasingan, masih menyayangi dan mencintai lelaki itu. 

Lukas Ozi Harold...
Mencintai dia sepanjang hidup seperti satu misi untuknya. Mencintai dan melindungi wanita yang sentiasa menjadi igauan malamnya itu membuatkannya seperti orang gila bayang. Pelbagai cara dilakukan agar Kimberly mempercayainya dan membalas cintanya. Namun jauh dilubuk hatinya, dia mengerti segala yang dirancangnya itu akan memakan dirinya. Kimberly adalah calon tunang untuk Putera kedua negara itu dan identitinya sebagai Putera kedua menyulitkan keadaan. Setiap kali dia ingin berterus-terang, dia takut akan penerimaan Kimberly terhadap identiti sebenar dirinya. 

"Saya percayakan awak dengan sepenuh hati, tapi awak hancurkan kepercayaan saya," Kimberly. 
Dia buntu. Apa kerana dia sudah jatuh ke dalam jurang cinta yang tidak berpenghujung? Atau keihklasan lelaki itu mencintainya sepenuh hati mengikatnya? 

"Tidak pernah sesaat pun saya tidak mencintai awak. Awaklah cinta pertama saya..," Lukas.
Tutti i diritti riservati
Iscriviti per aggiungere The Second Prince alla tua Biblioteca e ricevere tutti gli aggiornamenti
oppure
#582firstlove
Linee guida sui contenuti
Potrebbe anche piacerti
RAHSIA 4 FAIL NISSA di Dark4EstStorY
7 parti In corso
Azhar menyangka hidupnya akhirnya berada di landasan yang betul apabila bertunang dengan Nur Annisa-seorang wanita bertudung, tutur kata lembut, sentuhan yang menenangkan, dan pandangan mata yang seolah-olah menjanjikan ketenangan seumur hidup. Di hadapan keluarga dan masyarakat, Nisa ialah wanita ideal-tenang, terjaga, dan kelihatan terlalu sempurna untuk diragui. Azhar memilih untuk percaya, walaupun ada ruang-ruang sunyi tentang diri Nisa yang tidak pernah benar-benar terbuka. Kepercayaan itu mula terasa rapuh apabila Azhar secara tidak sengaja menemui beberapa fail tersembunyi dalam telefon Nisa. Setiap fail membawa nama lelaki yang berbeza-seperti pintu-pintu yang tidak sepatutnya dibuka. Apa yang ditemuinya bukan sekadar bayang-bayang masa lalu, tetapi sesuatu yang membangkitkan perasaan asing dalam dirinya: denyutan cemburu yang bercampur rasa ingin tahu, ketegangan yang perlahan-lahan berubah menjadi tarikan yang sukar dijelaskan. Semakin jauh Azhar menyelami rahsia di sebalik senyuman dan sentuhan Nisa, semakin jelas bahawa wanita itu bukan sekadar menyimpan rahsia-dia sedar akan keinginannya, pilihan-pilihannya, dan kuasa yang dimilikinya ke atas lelaki-lelaki di sekelilingnya. Setiap penemuan bukan sahaja membuka kisah Nisa, tetapi juga mendedahkan sisi Azhar yang tidak pernah dia kenali. Di akhirnya, Azhar sedar bahawa konflik sebenar bukan tentang kesetiaan atau pengkhianatan, tetapi tentang batas diri dan keberanian menerima kebenaran yang mengubah segalanya. Apa yang bermula sebagai cinta yang "selamat" perlahan-lahan berubah menjadi perjalanan gelap yang menguji keinginan, identiti, dan makna penerimaan tanpa ilusi. Disebabkan kandungan agak eksplisit, anda boleh sambung baca dia https://www.penana.com/user/314250 Kerana wattpad tidak membenarkan kandungan sedemikian. Jumpa anda disana!!
Potrebbe anche piacerti
Slide 1 of 10
Liku Hidup Aina cover
Janice Isteri Bos cover
isteri ku cover
KISAH DARI AYU cover
nurul cover
Peminat Misteri Mira Filzah cover
RAHSIA 4 FAIL NISSA cover
Praktikal Terlanjur cover
Adventure Of Mary cover
Bilik Sewa cover

Liku Hidup Aina

11 parti In corso

Kisah liku hidup seorang isteri