The Trash Side Character

The Trash Side Character

  • WpView
    LETTURE 540
  • WpVote
    Voti 164
  • WpPart
    Parti 15
WpMetadataReadPer adultiIn corso
WpMetadataNoticeUltima pubblicazione sab, set 27, 2025
"Aku kan sampah? biarlah aku hidup sendiri. Merempat atau mati, tiada siapa kisah. Jadi, biar aku pergi" - Bangun semula dalam dunia novel kegemaran mungkin adalah suatu perkara yang menarik bagi sesetengah orang. Itu termasuklah juga Lee Seungha. Yang tak menariknya, dia bangun dalam badan watak sampingan sampah dengan pengakhiran yang tragik. "Habislah aku" Zaire Darcy. Tuan Muda kepada keluarga Duke Darcy yang hebat dan tersohor. Dia adalah seorang jejaka yang angkuh, penuh dengki, suka berfoya-foya dan tidak matang. Pengakhiran kepada sampah seperti Zaire adalah mati dibunuh oleh pengikut setia watak utama. Ingin mengubah nasibnya, Lee Seungha, kini Zaire Darcy, mencuba pelbagai helah dan tempuhi pelbagai cabaran. Dia bertingkah baik, kurang berfoya-foya dan tidak lagi mengganggu ketenteraman orang lain. Dalam usahanya itu, Zaire juga tanpa sengaja mengumpul kuasa-kuasa purba dan mengganggu rancangan suatu organisasi gelap untuk menakluki dunia. "Mati di tangan aku! Kemudian, jantung kau akan aku jadikan tumbal suci kepada Tuhan!" Sejarah silam yang disangkakannya telah berlalu juga kembali menghantui. "Seungha, aku keluarga kau kan? Keluarga saling tolong menolong. Sebelum ini mungkin gagal, tapi kali ini pasti menjadi. Tolong aku, ya?" Dengan payah, Zaire menjeling insan dihadapannya tajam. Pandangannya kabur dan serasa seperti dia hendak pitam. Tangan menekap kuat pada luka yang dalam di abdomennya. "Zaire! Bertahan Zaire! Kalau kau mati, aku bunuh kau! Jangan mati sekarang!" Ugutan jenis apa... Zaire mengerling janggal ke arah Blevine Bancroft, Sang Watak Utama kepada novel The Hero's Blood Heart ini. Kejap! Kejap! Apa yang serabut sangat!? Aku cuma nak hidup aman! Tinggalkan aku! [P/S: Warning ahead!!!:- semua watak is non muslim, jalan cerita semua sekadar rekaan, and it's happens in like what? Europe old period? Yeah. SELAMAT MEMBACA!!!)
Tutti i diritti riservati
Entra a far parte della più grande comunità di narrativa al mondoFatti consigliare le migliori storie da leggere, salva le tue preferite nella tua Biblioteca, commenta e vota per essere ancora più parte della comunità.
Illustration

Potrebbe anche piacerti

  • Welcome to New World(Detective Conan)✔
  • Atin
  • ustazah sari maya
  • Lanun
  •  Pengorbananku Demi Syurgaku
  • 𝑴𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 𝑩𝒊𝒈 𝑩𝒓𝒐𝒕𝒉𝒆𝒓𝒔 (Discontinued)
  • BBB X EA:PERJUMPAAN YANG TIDAK DIDUGA
  • BoBoiBoy || Born From Devotionᴹᵃˡᵃʸ
  • Sepupu ku Reen
  • Different World [COMPLETE]

(Malay novel) Hannah Johnson gadis tulen berketurunan Amerika namun tinggal di Landon bersama keluarganya telah menemukan sesuatu yang luar biasa telah mengubah hidupnya. Dia telah mendapati dirinya terperangkap di dalam dunia anime kegemarannya, Anime Detective Conan. Bukan itu sahaja, dia juga telah mendapati dirinya bukan lagi seorang perempuan. Dia kini terperangkap dalam tubuh seorang pemuda belasan tahun yang bernama Sotaru Nanomiya, pemuda kacukan Jepun-Belanda (shonen ai) Full summary inside start publish 28/1/17-10/2/17

Più dettagli
WpActionLinkLinee guida sui contenuti