
Bella Nuraisya seorang gadis yang penuh dengan ego. Dia sentiasa merasakan dirinya benar dalam segala hal. Namun sikapnya itu terbentuk kerana kisah silam yang telah melukakan hatinya. Di sebalik egonya, dia merindui seorang lelaki yang pernah bersamanya dahulu. Aydan Hazran lelaki yang pernah dicintai oleh Bella tetapi disebabkan perkara yang lepas membuatkan mereka 'stranger'. Lelaki yang penuh sabar melayan sikap Bella walaupun hatinya turut terluka. "Aku rindukan dia sangat." - Bella Dua tahun. Dua tahun lamanya Bella merindukan sosok lelaki yang pernah mencintainya sepenuh hati. "Perlu ke aku ulang macam dulu dengan dia?" - Aydan Dia keliru. Dia masih mencintai Bella, tetapi dia juga keliru dengan perasaan sendiri. Dia takut perkara lepas berulang kembali. "Mampu ke kita bahagia macam dulu lepas apa yang dah jadi?" Bahagia? Mampukah mereka benar-benar bahagia jika kembali bersama? Atau adakah bahagia itu sesuatu yang perlu mereka cari semula?All Rights Reserved
1 part