HOUSE-MATE

HOUSE-MATE

  • WpView
    Reads 79
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Apr 27, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
"If you can't love yourself, could you at least not abandon yourself?" Perkara yang paling ditakuti akhirnya tiba. Sebagai anak tunggal, Neeluna tidak pernah menyangka mimpi buruk ini benar-benar wujud dalam hidupnya. Selama ini dia sentiasa positif, seolah-olah perkara sebegini tidak akan pernah berlaku padanya. Namun dia tetap percaya, ajal dan maut itu di tangan Tuhan dan ia boleh tiba pada bila-bila masa. Cuma... bukan seawal ini. Neeluna masih perlukan Baba dan Mamanya. Dia mahu mereka sentiasa berada di sisi. Hingga ke satu tahap, Neeluna sanggup bertukar tempat dengan mereka, asalkan mereka masih hidup. Tiga tahun berlalu... Kehidupan Neeluna semakin stabil berkat Acu, adik bongsu Baba. Oleh kerana Acu masih single, dia dengan rela hati menjaga Neeluna. Pada awalnya, kejanggalan Neeluna yang hidup dalam dunianya sendiri membuatkan Acu risau. Namun lama-kelamaan, Acu percaya Neeluna sudah bersedia untuk hidup berdikari. Buktinya? Neeluna bakal menyambung pengajian Master di UK. Seorang. Diri. "Macam tipu je sewa sebulan Rm350. You tahu tak, sewa sebenar dekat sana mahal gila?" Pantang. Neeluna paling sensitif bila melibatkan hal duit. Tambahan pula bila dia berjaya jumpa rumah sewa yang dekat dengan universiti- murah pula itu. Pemilik rumah turut sertakan gambar: ruangnya sederhana besar, dekorasi minimalist vibe. Sesuai untuk tinggal satu atau dua tahun. Namun ada satu perkara yang membuatkan Neeluna hairan. Pemilik rumah ini tak rugi ke? Kalau pun berniaga, biarlah harga itu masuk akal. Ini kalau scammer sebenar pun boleh tepuk dahi. Disebabkan malas mahu berfikir panjang, Neeluna tetap setuju dan terus membuat bayaran. Ya, Itulah antara keputusan paling silap dalam hidupnya. "Pulangkan duit saya! Saya nak keluar dari tempat ini!" "Oh, Malyshka... you're too late. It's official. Your money is mine. And... so are you." ⓘ Bawah umur dilarang membaca. Harap maklum. © 2025 litterian
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Forever Isn't What We Promised
  • HELLO QASWAR
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Racing King
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Permission to Fall, Prof!
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]

○Bacaan ringan dan santai○ ⚠️ tatabahasa tunggang-langgang. Read it at your own risk ⚠️ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025

More details
WpActionLinkContent Guidelines