(TERBIT) TEASER ORCA:Pemburu dalam Gelap

(TERBIT) TEASER ORCA:Pemburu dalam Gelap

  • WpView
    Membaca 479
  • WpVote
    Vote 19
  • WpPart
    Bab 9
WpMetadataReadBersambung
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Min, Okt 26, 2025
New Version of You're My Stella. Revamp version, similar plot. ORCA nama kod yang pernah menghantui dunia gelap Asia Tenggara. Lima tahun lalu, Haufan Hazzan menghilang selepas pengkhianatan yang meragut nyawa abangnya dan ayahnya. Dunia menyangka dia sudah mati, tetapi bayang-bayang tidak pernah benar-benar lenyap. Apabila rangkaian pembunuh yang sama kembali memburu, dia tahu masanya sudah tiba untuk keluar dari persembunyian. Dalam satu malam berdarah di hospital, dia menyelamatkan Aira Medina seorang doktor muda yang berpegang pada sumpah untuk melindungi semua nyawa, walaupun nyawa seorang lelaki bertatu orkid hitam. Keberanian Aira membuatkan dia menjadi saksi, dan dalam dunia Haufan, saksi jarang hidup lama. Terperangkap antara prinsip dan survival, Aira dibawa masuk ke dalam dunia di mana kepercayaan adalah mata wang, dan pengkhianatan adalah hukuman mati. Dari lorong gelap Kuala Lumpur, ke bilik rundingan rahsia, mereka berdepan pembunuh upahan, sindiket bayangan, dan sejarah silam yang enggan mati. Dia pemburu yang hidup demi dendam. Dia penyembuh yang percaya semua orang layak diselamatkan. Bersama, mereka perlu memilih bertahan sebagai dua jiwa yang berasingan atau jatuh sebagai satu pasukan yang sama. "Kenapa saya?" "Sebab kau bukan mereka... dan aku takkan biar mereka dapat kau." Dalam perburuan ini, cinta bukan penyelamat ia hanya kelemahan yang boleh dibunuh. Tetapi kadang-kadang, kelemahan itulah yang membuatkan seseorang layak untuk hidup.
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
#5
medic
WpChevronRight
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • Permission to Fall, Prof!
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 [HIATUS]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Forever Isn't What We Promised
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Racing King
  • Takdir terakhir kita [C]
  • HELLO QASWAR

Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan