Di sebuah sekolah agama yang terkenal dengan disiplin ketat, Kelas 3 Ar Ridhuan digemparkan dengan satu kejadian yang mengejutkan. Seorang pelajar bernama Ruhaydzat Iman Armaan, yang selama ini sering berada di tangga kedua dalam peperiksaan, tiba-tiba muncul sebagai juara dengan menewaskan pelajar paling cemerlang kelas itu - Putri Rasya Elfyra, atau lebih dikenali sebagai Elfyra.
Namun, kejayaan Ruhaydzat rupanya bukanlah hasil usaha semata. Dia sebenarnya meniru jawapan rakannya, Khalish Rayqal Raees, tanpa sesiapa sedari. Rahsia itu terbongkar apabila Ustaz yang mengawas mendapati sesuatu yang mencurigakan.
Suasana kelas yang tadinya tenang bertukar tegang. Dengan kemarahan yang memuncak, Ustaz tidak sekadar menegur - meja-meja ditolak, suara lantang bergema, dan seluruh kelas dikenakan hukuman berat kerana menutup mulut masing-masing.
Satu persoalan kini timbul:
Siapa sebenarnya penipu, dan siapa pula yang berani membuka kebenaran?
All Rights Reserved