Kulomba. Ibu negara, juga negeri termaju dan termasyhur dalam negara Malisya.
Demi melarikan diri dari bayangan keluarga Ashthorne, Arief memilih untuk membina hidup baharu di wilayah itu bersama adik-adik yang dia kasihi. Namun tindakan berani mati itu datang dengan syarat gila ayahnya.
"Move to Malisya, and you'll have to handle five of my companies there."
"Yes, father."
Tindakan itu menemukan Arief dengan gadis manis bernama Aisyah Humaira.
"Hi, Tengku Arief Edwin Ashthorne. I'm Aisyah Humaira. I can't wait to get to know you."
7 tahun kemudian, nama Tengku Arief dan Aisyah Humaira bukan lagi asing di bandar Kulomba. Seorang pewaris empayar manakala seorang lagi gadis kesayangan semua. Oh ya. Tidak lupa juga Hassan Ubayd, satu-satunya rakan karib Arief selain Aisyah yang memilih untuk tidak menjadikan status lelaki itu sebagai alasan mereka bersahabat.
Arief sedar. Sejauh mana pun dia lari, nama Ashthorne tidak akan sesekali terpadam dari hidupnya. Malah, dia akan terus dikejar.
"Ergh. Aku takkan ikut kau balik. Ini rumah aku. Berhenti kacau aku, adik-adik aku dan kawan aku."
Resah mula menggigit hati. Mampukah Arief terus melindungi semua yang dia sayangi?
"Saya harap sangat saya kuat supaya saya dapat lindung semua orang dari ditindas. Saya nak lindung 'rumah' saya, keluarga saya."
Pada malam kelam yang hanya disuluh cahaya misteri, sebuah keajaiban muncul tepat saat mereka benar-benar perlukan.
"Cenderawasih dan Harimau, hero baharu Kulomba!"
Persoalannya, bolehkah keajaiban ini membantu mereka menghidupkan kembali apa yang telah mati dalam diri? Mampukah mereka selamatkan semua di saat dunia juga berpaling demi menyelamatkan diri sendiri? Atau mereka hanya menunda kehancuran yang pasti?
Kerana pada akhirnya, bahagia itu hadir dengan syukur, bukan wang ringgit yang dikumpul.
♡♡♡
Cerita ini lahir dari angan-angan. Percuma, namun tetap punya harga. Andai ada salah dan khilaf, Rara mohon ampun. Teguran kalian amat dihargai. Selamat membaca
"Hanya kerana seutas tasbih,
Kita ditemukan."
Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-NYA.
Pada mulanya,bagi Tengku Ian Adam Hayden,Hazel Medina adalah bala dalam hidupnya.Kerana sikap Hazel Medina yang nakal dan degil membuatkan Tengku Ian Adam Hayden pening kepala.
Bagi Hazel Medina pula, Tengku Ian Adam Hayden adalah pengacau dalam hidupnya.Sikapnya yang dingin dan pendiam membuatkan Hazel Medina menyampah.
Tapi...
Apabila satu rahsia terbongkar. Segalanya berubah.
"Ala baby Hayden saya ni kenapa masam ni? Majuk?"---Hazel Medina.
"You're mine my little baby Hazel."---Tengku Ian Adam Hayden.
•Nak tahu kisah selanjutnya.Sila baca ye•
Start:5/3/2020
End:7/6/2020