DARK CROWNED LEGACY:BOUND BY OBSESSION

DARK CROWNED LEGACY:BOUND BY OBSESSION

  • WpView
    Reads 53
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 4
WpMetadataReadOngoing14m
WpMetadataNoticeLast published Sat, Oct 25, 2025
Dalam dunia yang penuh darah dan rahsia, dua nama besar yang diwarisi sejak turun-temurun kembali bertembung Keluarga Nyle dan Keluarga Darius. Tengku Damien Nyle, pewaris takhta gelap yang dibesarkan dalam bayang dendam, memikul beban warisan yang dipenuhi sumpah, darah, dan kebencian. Dia seorang lelaki yang dingin, berstrategi, dan berkuasa namun dalam jiwanya tersembunyi luka lama yang membentuk obsesi. Di sisi lain, hadir Tengku Serena Diandra wanita yang tidak pernah meminta untuk terjebak dalam permainan berdarah ini. Anggun tetapi penuh rahsia, Serena menjadi kunci dalam perjanjian lama yang membelit dua keluarga. Dia bukan sekadar pewaris, tetapi juga pion terakhir dalam permainan kuasa yang telah lama dirancang sejak sebelum kelahirannya. Pertemuan mereka bukanlah takdir indah, tetapi jerat yang direncanakan. Perkahwinan paksa antara Damien dan Serena adalah ikatan yang lahir daripada obsesi, pengkhianatan, dan dendam yang diwariskan. Setiap langkah mereka hanya membawa mereka lebih dekat ke dalam kegelapan yang tidak dapat dielakkan. Namun, di balik kebencian yang membara, lahirlah satu tarikan yang tidak dapat mereka dustakan. Obsesi yang mereka cuba tepis hanya menjerumuskan mereka lebih dalam. Cinta dan benci menjadi kabur, sehingga mustahil membezakan sama ada mereka mahu saling menghancurkan atau saling memiliki. Tetapi kebenaran tidak pernah mudah. Ada rahsia berdarah yang menunggu untuk terbongkar tentang pengkhianatan keluarga, warisan yang direbut, dan seorang musuh di balik bayang yang tidak pernah mati. Dalam dunia di mana mahkota diwarisi dengan darah dan cinta berubah menjadi senjata, Damien dan Serena harus memilih terus terperangkap dalam obsesi yang memusnahkan, atau bersatu menentang kegelapan yang lebih besar daripada mereka berdua. Sebab dalam warisan ini, hanya ada dua jalan: mewarisi takhta gelap... atau binasa di bawahnya. Adakah mereka kuat melalui semua ini atau akan berhenti di tengah jalan? Mula: September 2025
All Rights Reserved
#837
melayu
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • LOVE & LEGACY [OG]
  • Bumi
  • ALEA: Gerbang Ketiga-Di Balik Pintu Tak Bernama
  • Hak Milik Arissa Aura Sofea | Ongoing
  • TAKSUB (PBAKL 2019)
  • AL'AJABIN SO
  • Lelaki Itu Takdirku
  • Para Penjaga
  • Demon Queen : Aireen Husna

Tengku Kieran dan Arielle Naura, dua jiwa dari keluarga korporat paling berpengaruh, pernah menyulam cinta yang indah sewaktu di universiti. Namun, cinta mereka yang tulus dirobohkan oleh satu pengkhianatan yang dingin. Tanpa penjelasan, Kieran dipaksa berkahwin dengan wanita pilihan keluarga demi melindungi legasi Majestic Holdings yang kian rapuh. Terperangkap dalam dunia politik keluarga dan bisnes yang kejam, Kieran terpaksa mengorbankan cinta sejatinya dan meninggalkan Arielle yang kecewa serta terluka. "Sorry, princess. I had no choice." - Tengku Kieran "Ran, I ingat you lah dunia I. Tapi rupa-rupanya I cuma pilihan yang mudah untuk you lepaskan." - Arielle Naura Tahun berlalu. Takdir mempertemukan mereka kembali, kali ini sebagai dua figura besar dalam dunia bisnes. Arielle kini mengetuai jenama fesyen mewah Aurille Couture, manakala Kieran mengemudi empayar Majestic Holdings. Mereka dipaksa bekerjasama dalam satu projek besar yang mampu mengubah masa depan kedua-dua keluarga mereka. Pertemuan semula ini membuka cerita dan luka lama yang masih berdarah. Di sebalik senyuman dan keangkuhan profesional, tersimpan cinta yang belum padam dan rahsia yang menunggu masa untuk terbongkar. "You tahu apa beza kita, Arielle? You pernah ada cinta dia. I pula memiliki dia secara zahir dan batin." - Aysha Rania Aysha Rania, isteri bayangan Kieran yang penuh misteri, menjadi bayang-bayang dalam percaturan emosi ini. Apabila masa lalu mula menghantui masa kini, Arielle dan Kieran berdepan satu persoalan paling sukar. Adakah mereka masih sanggup memperjuangkan cinta, atau sudah terlalu jauh untuk berpatah balik? Dalam permainan kuasa dan hati yang retak, siapa yang akan menang. Cinta atau legasi?

More details
WpActionLinkContent Guidelines