Novel ini mengisahkan tentang sebuah ubat yang dicipta untuk merawat penyakit neurodegeneratif seperti Demensia awal usia yang bertukar menjadi virus mutasi berbahaya selepas disabotaj oleh seorang saintis. Apabila pelajar yang menjadi subjek ujian bertukar menjadi makhluk ganas dan mula menyerang rakan sekelas, seluruh kampus berubah menjadi zon bencana Zombie.
Sekumpulan pelajar yang terselamat berusaha melarikan diri dari wabak Zombie sambil membongkar konspirasi saintifik yang lebih dahsyat, saat virus mula merebak ke seluruh Kota Kinabalu. Dalam dunia yang mula runtuh, mereka berusaha mengamalkan nilai kemanusiaan dan naluri untuk terus hidup, apabila pengkhianatan bukan hanya datang dari makmal, tetapi juga dalam kalangan mereka sendiri. Ana Amira dan lelaki yang dia suka, berjaya selamat dari gigitan zombie. Kisah cinta mereka berdua mekar dalam suasana darurat pada ketika itu.
"Razlan... aku takut. Kalau esok aku berubah, jadi macam diorang-" - Ana Amira.
"Aku ni seribu zombie pun aku sanggup bunuh, tapi aku takkan bunuh kau. I won't lose you. Jadi jangan cakap 'kalau' tu lagi. We will survive! All of us." - Razlan Harith.
Ketika dunia menginginkan penawar, mereka yang terselamat berjuang bukan hanya untuk hidup, tetapi untuk mencari dalang sebenar di sebalik bencana ini.