Arjuna Izlan × Safira Nadrah
Stand alone
Arjuna Izlan, seorang perwira udara yang gagah dan berani. Hidupnya dipenuhi dengan misi berbahaya demi mempertahankan kedaulatan negara. Di medan perang, dia tidak gentar berhadapan musuh, namun di sisi lain, ada perjuangan yang lebih sukar daripada menewaskan musuh sekeliling - menakhluk hati seorang gadis yang dingin dan berhati beku.
Safira Nadrah, seorang ahli artifak sejarah dan gadis kampung biasa, lebih biasa hidup dengan dunia buku dan peninggalan sejarah berbanding manusia di sekelilingnya. Luka silam membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap semua lelaki. Bagi dirinya, cinta hanyalah dusta yang akan meninggalkan parut.
Namun, kehadiran Arjuna telah meruntuhkan tembok yang selama ini melindungi hati Safira. Perlahan-lahan, dia menyedari bahawa Arjuna jauh berbeza daripada lelaki lain. Ketabahan dan keikhlasan Arjuna membuatkan Safira mula percaya bahawa cinta itu masih wujud dalam hidupnya walaupun dengan lelaki yang mempunyai tugas yang lebih penting untuk menjaga keamanan negara daripada ancaman musuh.
"Awak sama je macam lelaki lain kat luar sana sama sama buaya!"
- Safira Nadrah -
"Awak perlukan satu bukti yang kukuh untuk membuat tuduhan yang tak berasas awak tu dekat saya faham cik Safira."
- Arjuna Izlan -
"Kalau saya terluka untuk kali kedua macam mana."
- Safira Nadrah -
"Saya janji dengan awak yang saya akan cintai awak sepenuh hati saya sehingga ke titisan darah terakhir."
- Arjuna Izlan -
Dalam bayang-bayang ancaman musuh yang tidak pernah mengenal erti belas kasihan sama sekali, Arjuna terikat dengan dua perjuangan besar iaitu mempertahankan maruah negara dan mempertahankan cintanya terhadap Safira. Kedua-duanya memerlukan perjuangan yang melibatkan pengorbanan dan nyawa Arjuna sendiri.
"Akan ku perjuangkan cintamu sehingga ke titisan darah terakhir."