IMPIAN 2 (KEMBALI TERJALIN)

IMPIAN 2 (KEMBALI TERJALIN)

  • WpView
    Reads 795
  • WpVote
    Votes 19
  • WpPart
    Parts 4
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Sep 18, 2025
Aatif Johan membawa diri ke luar negara demi merawat hati yang luka setelah berpisah dengan Danial Imran. Selama lebih dua tahun dia menghilang, menenangkan jiwa dan menuntut ilmu di perantauan. Kini, kepulangannya ke tanah air membuka semula pintu lama yang pernah cuba dikuncinya rapat. Sepanjang kehilangan Aatif Johan, Danial Imran tidak pernah berhenti mencintainya. Kesilapan silam masih menghantui, namun cintanya tetap utuh. Terperangkap antara cinta terlarang dan tanggungjawab keluarga, Danial berdepan dilema yang menguji jiwa. Pertemuan semula mereka menyalakan kembali bara yang hampir padam. Danial bertekad untuk tidak lagi melepaskan Aatif Johan, sanggup melakukan apa sahaja demi meraih semula cintanya. Namun, saat hati Aatif Johan mula terbuka, segalanya direntap semula apabila Mariah - isteri Danial - mengetahui hubungan mereka. Demi dirinya dan anak-anak, Mariah memohon agar Aatif Johan menjauh. Sekali lagi, hati Aatif Johan dirobek. Kali ini, dia benar-benar hampir menghilang buat selama-lamanya. Apakah Danial Imran mampu menemui Aatif Johan semula? Dan jika mereka bertemu, adakah dia akan memilih cinta terlarang... atau keluarganya sendiri? Aatif Johan: "Sudah cukup, Danial! Usah awak janjikan bulan dan bintang sedangkan awak tahu, bulan dan matahari selamanya tidak akan pernah bersama." Danial Imran: "Saya hanya pinta satu... satu peluang sahaja, untuk membetulkan kembali simpul yang kusut ini."
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Forever Isn't What We Promised
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Racing King
  • Takdir terakhir kita [C]
  • HELLO QASWAR
  • Permission to Fall, Prof!

○Bacaan ringan dan santai○ ⚠️ tatabahasa tunggang-langgang. Read it at your own risk ⚠️ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025

More details
WpActionLinkContent Guidelines