Dalam Jagaan Dia

Dalam Jagaan Dia

  • WpView
    Reads 148
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Sep 6, 2025
Nuha Marissa, seorang gadis dari keluarga berada yang kehilangan sebahagian besar daripada memorinya selepas terlibat dalam kemalangan tragis yang meragut nyawa ibu kandungnya. Kini dia tinggal bersama ayah kandung serta kehadiran ibu dan kakak tiri yang lagi menambahkan rasa benci terhadap keluarga besar itu. Hidup Nuha menjadi kosong, seakan hanyut dalam dunia yang asing sehinggala munculnya seorang lelaki misteri dalam hidupnya. Ayden Yusuf, hadir sebagai 'personal bodyguard' yang ditugaskan untuk melindungi Nuha, namun sikapnya yang terlalu mengambil berat menimbulkan tanda tanya. Ada sesuatu yang disembunyikan Ayden, sesuatu yang membuatkan pandangan matanya penuh rahsia setiap kali bertemu Nuha. Dalam perjalanan mencari semula dirinya, Nuha mula dihantui bayangan memori samar tentang lelaki yang sama. Antara serpihan memori, bisikan hati, dan sikap Ayden yang melindungi , Nuha tetap berusaha untuk merungkai misteri kisah hidupnya yang penuh liku itu.Siapakah Ayden dalam hidupnya yang sebenar? Ataupun semua itu hanyalah sekadar senario yang direka-reka?
All Rights Reserved
#258
konflik
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Permission to Fall, Prof!
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄
  • HELLO QASWAR
  • Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 [HIATUS]
  • Forever Isn't What We Promised
  • Racing King

Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?

More details
WpActionLinkContent Guidelines