Untuk mengambil semula suara Tanjagara, Rais mahu berkuasa di Laluan Pedagang Kesuma.
13 tahun setelah Hari Belah Hati, wujud pakatan baharu yang tidak diiktiraf kerajaan, menggelar diri sebagai Tunjang Sama, pelindung laluan pedagang.
Berita seorang srikandi menjadi penjaga utama laluan itu telah menarik perhatian ramai pihak, termasuklah sang setia dari Kermasu yang mengembara untuk mencari kebenaran bagi pihak tuannya.
Jika Rais mahu kekal berkuasa, srikandi sekadar menjaga haknya, manakala sang setia mahu menuntut keadilan pula, Laluan Pedagang Kesuma akan memilih siapa?
Hubungan Farisha Qaisara dan Fawaz Hakimi terkandas di tengah jalan sewaktu di zaman sekolah menengah kerana Fawaz yang mempermainkan perasaan Farisha. Sejak kejadian itu, dia tidak lagi berusaha untuk mengenali hati budi lelaki memandangkan pada persepsinya, hanya ada fake love di dunia ini.
Namun, kata orang kita tetap tidak boleh menghalang jika cinta hadir datang bertandang. Syafiq Adam datang membawa seribu satu kebahagiaan buat Farisha kerana sikap gigihnya yang merawat hati tersebut daripada terus terluka. Farisha akhirnya menerima Syafiq sebagai suaminya kerana dia telah memutuskan bahawa dia telah menjumpai true love yang tidak pernah dicarinya selama ini.
Malangnya, terlalu banyak ombak yang melandai kebahagiaan mereka berdua dengan datangnya semula Intan yang tidak pernah berhenti menagih kasih Syafiq. Intan berusaha keras untuk memalingkan semula Syafiq agar dia menceraikan isteri yang dicintainya itu.
Mampukah Farisha Qaisara mempercayai Syafiq Adam sepenuh hatinya? Adakah Farisha bahagia dalam true love yang sedang bersamanya sekarang?
(#) Cover fake love vs true love by @merlinakhan