Story cover for Kerana Takdir Kita (OG) by atrhyuni
Kerana Takdir Kita (OG)
  • WpView
    Reads 719
  • WpVote
    Votes 103
  • WpPart
    Parts 18
  • WpView
    Reads 719
  • WpVote
    Votes 103
  • WpPart
    Parts 18
Ongoing, First published Sep 06
Alina Volkova, seorang wanita Rusia yang kelihatan gagah dan berani di mata dunia. Usianya 33 tahun, hidupnya penuh kejayaan dan keberanian, namun jauh di sudut hati, dia menyembunyikan satu rahsia besar. Penyakit yang perlahan-lahan meragut dirinya. Bagi Alina, cinta hanya membawa kepada kehilangan. Sebab itu dia menutup pintu hatinya rapat-rapat.

Nael Raziq Hakim, 32 tahun, anggota Black Talon yang terbiasa dengan risiko dan bahaya. Namun, tiada apa yang lebih menakutkan daripada rasa cinta yang semakin menghantui dirinya terhadap Alina. Dia jatuh hati lebih awal, terlalu dalam, hingga tidak peduli pada dinding yang Alina bina di antara mereka.

Suatu Hari, Nael menatap mata Alina, nekad dengan nada serius. "Can i meet your parents?"

Alina menghela nafas, cuba melindungi hatinya dengan tembok rapuh yang semakin goyah. "I'm not perfect, Nael."

Namun lelaki itu tidak berganjak, senyum tipis terukir penuh keyakinan. "Nobody is perfect, Alina."

Sejak hari itu, Nael tidak pernah berhenti bertanya apa maksud kesempurnaan bagi Alina. Tetapi Alina hanya mendiamkan diri, menyembunyikan luka yang dia tahu suatu hari mungkin akan merobek jiwa Nael juga.

Kerana cinta ini bukan sekadar pertemuan, ia adalah tentang TAKDIR. Antara memilih untuk mencintai, atau memilih untuk melindungi dengan berdiam diri.
All Rights Reserved
Sign up to add Kerana Takdir Kita (OG) to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
[ HIATUS ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum by fiqalynaaa
56 parts Ongoing
Muhammad Yazzed Qayyum | Nur Darina Farissa Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "Percayalah, semua orang berhak untuk bahagia, termasuk kau... aku hanya minta peluang untuk buktikan pada kau bahawa cinta yang sebenar itu masih ada." - Yazzed Qayyum "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End :
ISTERI YANG DIBELI by qtprinc3ss
80 parts Complete
𝓯𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aeisya dijual oleh abang tirinya kepada Daniel iaitu seorang mafia kerana tidak mahu dibunuh akibat hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Aeisya dan Daniel akhirnya berkahwin dan jatuh cinta namun hubungan mereka tidaklah semudah yang disangka. Kehadiran Aiman yang pernah menaruh hati pada Aeisya menyebabkan rumah tangga mereka tergugat apabila Aiman bertindak untuk memisahkan mereka. Benih yang baru menumbuh di rahimnya gagal diselamatkan dek kerana sikap Daniel yang melulu. Lelaki itu dipersalahkan. Hati si isteri yang terluka dipujuk kembali. Benar kata orang, rezeki yang diambil Allah pasti akan digantikan dengan yang lebih baik. Aeisya hamil buat kali kedua dan melahirkan sepasang kembar. Namun, keadaanya kritikal dan memerlukan penderma darah. Hadir sebuah keluarga yang menuntut kembali anak gadis mereka yang telah hilang lama dahulu. Aeisya yang dulunya sebatang kara kini berkeluarga besar. Ujian baru mula menimpa pasangan ini menyebabkan kepercayaan masing-ii mula goyah. Aeisya hilang pedoman. Kata-ii cacian dilempar tanpa rasa. Hinaan demi hinaan buat meluahkan rasa yang terbuku di hati sehingga menyebabkan... "Puteri Aeisya Edrina binti Megat Yahaya, aku ceraikan kau dengan talak satu!" - Daniel Aeisya dan Daniel berpisah membuat haluan masing-ii memisahkan anak-ii yang sedang membesar. Kehidupan dijalani seperti biasa namun mana mungkin semuanya akan normal sahaja. "Isya rindu mama la..." - Isyahani "Karl rindu papa..." - Ayqal Ikatan anak-ii yang masih kuat menyebabkan mereka kembali bertemu setelah bertahun tahun terpisah. Kejadian yang tidak diduga menyebabkan ego mereka runtuh. Namun, adakah mereka masih saling mencintai? Atau sekadar menjadi ibu bapa yang baik buat anak-ii? ⚠️ 2018 copyright
You may also like
Slide 1 of 8
Meant To Be cover
LOVE FROM A FAR {COMPLETE} cover
The Devil's Wife [EDITING] cover
[ HIATUS ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum cover
𝐾𝑖𝑛𝑔 𝑂𝑓 𝑀𝑦 𝐻𝑒𝑎𝑟𝑡 cover
ISTERI YANG DIBELI cover
Kekasih Hati Encik Umar  cover
DIA cover

Meant To Be

27 parts Ongoing

"I sebenarnya dah ada girlfriend. All this time, I memang anggap you sebagai kawan. Tak lebih daripada itu. I minta maaf..." - Hawwas Muazzam Lepas kejadian yang paling memalukan dalam hidup, Nura Najiha telah tanam impian untuk tidak lagi berharap pada lelaki. Itulah azam yang dia pegang...untuk dua tahun. Tak lama pun. Dua tahun daripada kejadian itu, dia berkenalan dengan seorang lelaki. Perkenalan dia dengan Syahmi, berbeza. Kamus percintaan dia yang dulunya hanya penuh dengan takrif negatif, kini diwarnai dengan warna-warna cerah. "Syahmi baik! Dia setia, tak berkawan dengan perempuan lain. Tak macam jantan tu. Aku yakin, Syahmi lah jodoh aku." - Nura Najiha Hubungan yang memasuki tahun kelima itu penuh dengan pahit manis. Apatah lagi apabila dia dan Syahmi telah pun bercadang untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya. Kata orang, bila mana pasangan mula pasang niat untuk berkahwin, ujian akan datang lebih banyak dan dalam pelbagai bentuk. Mampu ke Nura dan Syahmi bertahan? Apatah lagi apabila kehidupan Nura secara tidak sengaja berkait semula dengan Hawwas melalui seorang kanak kanak lelaki.