Maid tuan zharif

Maid tuan zharif

  • WpView
    Reads 87,426
  • WpVote
    Votes 473
  • WpPart
    Parts 18
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Sep 9, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Prolog: Maid Tuan Zharif Aneesa Amani, baru 22 tahun. Orang kata, umur muda begini patutnya fokus belajar, kerja simple-simple, enjoy dengan kawan-kawan. Tapi Aneesa ni lain sikit. Otak dia memang tingtong, ada je lawak spesis pelik keluar dari mulut. Lepas SPM, cuba sambung diploma separuh jalan, berhenti. Lepas tu kerja butik, tak sampai tiga bulan dah cabut. Katanya bos garang sangat. Bila Datin Kamariah, jiran lama mak dia, offer kerja jadi maid, Aneesa terus lompat macam dapat loteri. > "Maid pun maid la, Datin. Janji gaji tebal tiap bulan," gumam Aneesa sambil buat gaya peluk duit bayangan. Lagi-lagi bila dengar Datin cakap bayar empat ribu setengah sebulan. Kerja pun bukannya hardcore sangat. Jaga budak umur tiga tahun, kemas sikit-sikit rumah, masak lauk ringkas. Kalau nak compare dengan kerja butik dulu, memang ni heaven lah! Rumah majikan dia bukan rumah biasa-rumah banglo besar, yang kalau Aneesa nak menjerit pun confirm bergema sampai ruang tamu. Majikannya? Encik Zharif Ashraf. Usia 34 tahun, kerja offshore. Maksudnya jarang balik rumah. Status? Suami orang, ada seorang anak lelaki comel. Isterinya, Azura, pulak selalu busy dengan butik dia. Busy sampai tahap macam tak jejak rumah langsung. Jadi siapa yang akan lebih banyak jumpa Aneesa nanti? Jawapannya: budak kecil umur tiga tahun tu. Tapi Aneesa kan Aneesa. Manja, gedik, blur sikit. Kadang cakap lepas, kadang buat benda pelik. Entah macam mana agaknya bila dia duduk serumah dengan keluarga tu. Tambah lagi kalau satu hari nanti Tuan Zharif balik dari offshore, bertembung dengan maid tingtong Datin Kamariah ni. Kalau ikut logik, patutnya kerja mudah je. Tapi... boleh ke hidup Aneesa betul-betul tenang bila masuk ke rumah tu? ---
All Rights Reserved
#93
maid
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Forever Isn't What We Promised
  • Derita Seorang Maira  | C
  • HELLO QASWAR
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Permission to Fall, Prof!
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Racing King
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE

[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.

More details
WpActionLinkContent Guidelines