Menunggu bukan sekadar soal masa, ia soal jiwa yang sanggup menanggung rindu tanpa kepastian. Tidak semua orang mampu menanti dalam diam, apatah lagi untuk sesuatu yang tidak pasti. Namun, Aeyla Damya memilih untuk menunggu, bukan sehari dua, tetapi selama yang perlu, demi lelaki yang pernah singgah di dalam hidupnya, Tengku Zayfen Ferlind. Zayfen pula percaya, penantian adalah beban yang tak semua sanggup pikul. Cinta bagi Zayfen adalah pengorbanan dan kadangkala, melepaskan lebih mudah dari menunggu sesuatu yang mungkin tak akan kembali. Pertemuan mereka adalah takdir. Perpisahan mereka adalah pilihan. Namun janji tetap terucap, bahawa mereka akan menunggu... walau tanpa jaminan bahagia bersama. "Saya tetap akan tunggu awak kembali. Walaupun takdir bukan milik kita, tapi sekurangnya awak tahu, saya pernah setia menunggu awak, dengan sepenuh hati saya." - Aeyla Damya "Aku tahu ini semua perit untuk kau terima, tapi percayalah aku. Kau tetap akan bahagia, itu janji aku." - Tengku Zayfen Ferlind Sedalam apa pun cinta, ada waktunya seseorang harus memilih antara menunggu atau melepaskan. Dan kadangkala... bahagia itu memang datang lewat. Tapi ia tetap datang, kepada mereka yang sabar menanti. Namun tidak semuanya indah, kerana hidup ini cuma sementara. Jika tidak bahagia di dunia, mungkin akan bahagia di akhirat. Kerana hidup, tak selamanya indah. -𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑨𝒌𝒖 𝑱𝒂𝒈𝒂𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂- 〔 sᴛᴀʀᴛ : 9 Julai 2025 〔 ᴇɴᴅ :
More details