Di sekolah itu, persahabatan terjalin... tapi bayangan gelap mula menghantui.
Satu demi satu kejadian aneh berlaku - kematian, kehilangan, rahsia yang disembunyikan di balik topeng putih misteri.
Azri, Faiz, Hanafi, Rose... masing-masing membawa kisah yang tak pernah mereka sangka akan terikat dengan darah.
Namun, apabila kebenaran mula terbongkar, siapakah yang sanggup berkorban, dan siapa pula yang sebenarnya pembunuh?
Satu kebenaran akan merobek segalanya.
Dan ia hanya permulaan.....
Diinspirasikan dari karektor Roleplay yang dibawakan oleh Hakim Nanyan.
Balai Polis Daerah Manjung itu dikejutkan dengan kehadiran sepucuk surat yang tidak dikenali. Isi surat tersebut telah membuat seluruh balai tergamam dengan kandungannya. Ancaman dan ugutan diberikan jika aktiviti haram mereka diganggu oleh pihak berkuasa.
DSP RIZMAN BARAN selaku Ketua Polis Daerah di situ berasa bertanggungjawab untuk mencari tahu identiti kumpulan tersebut lantas menumpaskan mereka yang telah menimbulkan kerosakan dan huru-hara kepada masyarakat.
Dalam perjalanannya menyiasat dan mencari tahu identiti kumpulan tersebut, dia telah menemui sesuatu yang mengejutkan dalam siasatannya.
Apakah pengakhiran kepada kisah ini?
Disclaimer!!!
Watak di dalam cerita ini diinspirasikan dari Hakim Nanyan manakala cerita yang ditulis adalah 100% asli daripada saya.Sebarang persamaan adalah kebetulan.