Story cover for Captain Qalif, His Protector [COMPLETE ✅] by Nuratikahtarmizi
Captain Qalif, His Protector [COMPLETE ✅]
  • WpView
    Reads 20,346
  • WpVote
    Votes 1,275
  • WpPart
    Parts 31
  • WpView
    Reads 20,346
  • WpVote
    Votes 1,275
  • WpPart
    Parts 31
Complete, First published Sep 08
Qalif Haiqal, seorang doktor bedah tentera yang tegas, berdedikasi, dan sentiasa berdepan risiko di medan perang. Ariana Airis pula seorang gadis cerdas, bercita-cita tinggi untuk menjadi pensyarah muda di universiti. Pertemuan mereka bukanlah sesuatu yang dirancang, bermula daripada salah faham, berlanjut kepada persahabatan, dan akhirnya cinta. Namun, perjalanan mereka tidak mudah kerana dipenuhi pengorbanan, dugaan keluarga, kerjaya yang menuntut, dan konflik orang ketiga.
All Rights Reserved
Sign up to add Captain Qalif, His Protector [COMPLETE ✅] to your library and receive updates
or
#10keluarga
Content Guidelines
You may also like
RINDU DI BAWAH LANGIT BERBEZA  by aainstellaa
71 parts Complete
RINDU DI BAWAH LANGIT BERBEZA Hannah Amanda, seorang doktor pakar kanak-kanak yang berdedikasi, dibesarkan hanya oleh ibunya tanpa pernah mengenali siapa ayah kandungnya. Walaupun hidupnya penuh kasih sayang, ada ruang kosong dalam dirinya yang tidak pernah terisi. Namun, dia tetap menjalani kehidupan dengan penuh semangat dan keyakinan. Ethan Daniel, seorang Ketua Pengarah di RevTech Company, hidup dalam dunianya sendiri-bebas, berkarisma, dan penuh keyakinan. Kecintaan terhadap motosikal berkuasa tinggi menggambarkan jiwa liarnya, namun di sebalik segalanya, dia menyimpan rahsia yang tidak pernah dikongsikan kepada sesiapa. Pertemuan pertama mereka berlaku secara tidak sengaja, mencetuskan perdebatan kecil yang akhirnya membawa kepada perkenalan yang lebih mendalam. Dari perasaan biasa, hubungan mereka berubah menjadi sesuatu yang sukar untuk diabaikan. Namun, di saat Hannah mula menerima kehadiran Ethan dalam hidupnya, satu kebenaran yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya terbongkar. "Kenapa, Ethan?! Kenapa awak tak pernah jujur dengan saya... yang awak bukan beragama Islam?!" - Hannah Amanda "Aku terpaksa, Hannah. Maafkan aku..." - Ethan Daniel Cinta mereka diuji dengan perbezaan yang tidak mampu diubah. Hannah tersepit antara perasaannya dan agamanya, manakala Ethan terpaksa berdepan dengan hakikat bahawa cinta tidak selalu dapat mengatasi segalanya. "Maafkan aku, Hannah. Aku sayangkan kau, tapi aku lebih sayangkan agama aku." - Ethan Daniel "Awak pergilah, Ethan. Carilah kebahagiaan awak. Anggaplah pertemuan kita hanyalah sekadar persinggahan. Fi amanillah." - Hannah Amanda Apakah takdir benar-benar mahu memisahkan mereka? Atau mungkinkah ada ruang untuk mereka bertemu kembali di bawah langit yang sama, meskipun berbeza?
BIARKAN HATI MENCINTAI by saiatieya
55 parts Complete
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?
SWEET HEAVEN CAFE by Mawarsuri
47 parts Complete
Ariana Imani, seorang gadis bertubuh kecil tetapi penuh dengan impian besar. Sebagai pemilik Sweet Heaven Café, dia mengabdikan dirinya dalam dunia pastri, mencipta pelbagai hidangan manis yang menjadi kegemaran pelanggan. Namun, di sebalik kelembutan roti yang dihasilkannya, hatinya sekeras batu-terutama dalam soal cinta. Luka lama membuatnya sukar mempercayai lelaki, dan sikapnya yang sedikit garang sering menjadi perisai untuk melindungi dirinya. Namun, hatinya mudah lebur apabila berhadapan dengan kanak-kanak, menjadikannya seorang yang sangat penyayang terhadap mereka. Hidup Ariana mula berubah apabila Hariz Zafran, seorang lelaki tampan, tinggi, dan penuh kelembutan, sering singgah ke kafenya bersama anak lelakinya, Danish, yang baru berusia lima tahun. Hariz, seorang single father, kehilangan isterinya dalam satu kemalangan tragis, menyebabkan hatinya tertutup rapat kepada cinta baharu. Namun, pesona Ariana yang tegas tetapi penyayang terhadap Danish membuatkan dia semakin tertarik. Hariz yang suka mengusik Ariana sering mencuri peluang untuk melihat senyuman gadis itu, walaupun tahu Ariana tidak mudah didekati. Namun, semakin mereka berdua bertegang lidah, semakin Hariz sedar bahawa kehadiran Ariana membawa cahaya baru dalam hidupnya-bukan hanya untuknya tetapi juga untuk Danish yang begitu menyayangi Ariana. Dalam perjalanan membina kepercayaan dan memulihkan hati yang pernah terluka, mampukah Ariana dan Hariz mengakui perasaan mereka? Adakah Ariana sanggup membuka hatinya untuk menerima lelaki yang bukan sahaja mahu mencintainya tetapi juga ingin menjadikannya ibu kepada anaknya? 'SWEET HEAVEN CAFE' sebuah kisah tentang percaya, penyembuhan, dan bagaimana takdir menemukan dua hati yang saling melengkapi. (Dihasilkan pada 2023 akan tetapi di post pada 2025)
You may also like
Slide 1 of 10
WATAK JAHAT BERGINCU UNGU (C) cover
Peluang Kedua Buatku | (c) cover
RINDU DI BAWAH LANGIT BERBEZA  cover
Eshal Dilara 2.0 cover
MIA MOGLIE [SU] cover
Untuk Kau, Eleaya  cover
AARIZ ZAYYAN: HER ALBATROSS [C] cover
BIARKAN HATI MENCINTAI cover
DIA MILIK AKU cover
SWEET HEAVEN CAFE cover

WATAK JAHAT BERGINCU UNGU (C)

41 parts Complete

kalau diikutkan logik drama melayu, mana ada watak jahat jadi watak utama? dan sepatutnya tak baik utk kita sebagai manusia normal yg hidup aman damai bahagia nak jadi watak jahat. tapi disebabkan sesuatu perkara yg membuatkan Ainin perlu utk jadi watak tersebut. dan bkn sesenang goreng telur ye nak jd watak jahat yg dibayangkan. 😏