Dalam sebuah empayar yang tak pernah sunyi dari perang, ada ramalan lama yang berbisik : seorang wanita akan bangkit di bawah cahaya bulan, dan nasib takhta akan berubah kerana dia.
Shen Yue, anak kepada bekas askar yang dah lumpuh, sepatutnya hidup tenang di desa gunung. Tapi bila keluarga dia diancam, dia buat keputusan yang gila... potong rambut, balut dada, dan masuk tentera dengan nama baru.
Di medan perang, darah dan besi jadi bahasa utama. Shen Yue belajar survive dalam dunia lelaki yang kejam. Tapi ada sepasang mata yang macam boleh tembus rahsianya... mata Han Yue, Putera Mahkota yang terkenal dengan sifat dingi, genius perang, tapi hati dia beku macam musim dingin.
Dua jalan hidup, dua rahsia, tapi satu bulan yang sama menyaksikan semuanya. Bila takdir mula ikat mereka, Shen Yue sedar... kalau identiti dia terbongkar, bukan saja nyawa dia yang jadi taruhan... tapi ramalan kuno tu mungkin akan jadi nyata.
p/s inspiration daripada drama Legend of the Female General.
Warning 18SX
Pertama kali buat cerita fantasi jadi segalanya hanyalah cerita rekaan semata-mata..
Feeling-feeling Anime gitu
Novel kali ini agak panjang dalam satu bab.. Harap tak bosan membacanya..
" Aku letih.. Aku give up.."
"EHHHH~!!!"
"KAT MANA AKUUU!!?"
Mary si gadis polos yang mengalah dengan kehidupannya..
Dia diseru kedunia yang penuh cabaran dan keanehan..