Dua jiwa dari dunia yang berbeza Raissa Elverra, peguam ternama yang tegas dengan mulut berbisa, dan Tengku Aqzariel Rendra, lelaki dingin yang terbiasa menumpahkan darah di medan peperangan. Pertemuan pertama mereka hanya melahirkan pertelingkahan, namun takdir seolah-olah berulang kali mempertemukan mereka dalam kejadian-kejadian yang tidak pernah dirancang... hingga akhirnya wujud satu ikatan yang sukar dilepaskan.
Di sebalik ketegasan dan senyuman sinisnya, Raissa menyimpan 1001 rasa trauma yang selama ini menjadi belenggu hidupnya. Kehadiran Tengku Aqzariel sedikit demi sedikit membawa sinar, menjadi pelindung pada hati yang selama ini penuh dengan sisa luka. Sedangkan Aqzariel, yang tidak pernah kenal erti takut di medan tempur, akhirnya tewas pada rahsia seorang wanita yang tampak kuat di luar, namun rapuh di dalam.
Di persimpangan takdir dia memilih antara perjuangan tanah air dan perjuangan hati, dia memilih jalan yang ditentukan Ilahi... kerana wanita itu bukan sekadar cinta, dia adalah anugerah terindah buat dirinya.
Tengku Aqzariel Rendra: "I will guard you until the last drop of my blood is spilled. I will not release your hand, even knowing it carries poison for me... because I realize, it is the sweet poison of my love for you.. I will cherish until my final breath."
Namun perjalanan mereka tidak pernah mudah. Satu demi satu ujian datang menguji ikatan perkahwinan yang terbina. Mampukah Tengku Aqzariel terus menjadi pelindung dan penawar untuk Raissa Elverra? Atau adakah cinta mereka turut rebah bersama luka yang tidak pernah sembuh?
he's my series 3
Syed Irfan Haneef~Nadine Syahirah
Mengisahkan seorang gadis mempunyai raut wajah yang sempurna. Jatuh cinta? Tiada istilah cinta di dalam kamus hidupnya. Saban hari, cinta itu mulai muncul di dalam dirinya apabila menemui seorang jejaka.
"abang, yang tu tadi kawan kau ke?" -Nadine Syahirah
"Haah. Kenapa? kau minat dia eh?" -Nufail Afif
Pada mulanya, si gadis cuba menolak tepi perasaannya, tetapi, apabila berada dekat dengan jejaka itu, degupan jantungnya berdegup kencang.
"Fitra aku rasa, aku dah jatuh cinta lah" -Nadine Syahirah
"kau demam ke Irah? ke aku yang tak cukup tidur ni?" -Althea Fitra
"tolong aku weh. Aku tak nak dia nampak yang aku obses sangat dengan dia" -Nadine Syahirah
Berkat pertolongan si sahabat, akhirnya dia berjaya mendekati jejaka itu.
"Irfan, saya suka awak" -Nadine Syahirah
"Aku tak suka kau" -Irfan Haneef
Pelbagai cara dibuat oleh si gadis untuk menambat hati si jejaka tetapi sedikit pun tidak dipandang. Sampai satu tahap, si gadis sanggup menggunakan cara kotor untuk memiliki si jejaka.
"Kau ingat dengan cara kotor ni aku boleh jatuh cinta dengan kau ke?!" -Irfan Haneef
"Bagi saya peluang untuk saya tambat hati awak Irfan" -Nadine Syahirah
"Never. Nama kau cuma tertulis di atas sijil nikah kita, tapi sikit pun nama kau tiada dalam hati aku. Airin Sofiya je yang ada dalam hati aku" -Irfan Haneef
Pukulan dan cacian makanan yang diberi oleh si suami kepada si gadis.
"kau yang minta jalan ni. Nak tak nak kau kena terima" -Irfan Haneef
Satu kejadian yang membuatkan si gadis mengundur diri dari alam perkahwinan.
"anak saya mati disebabkan awak Irfan. jadi beritahu saya kenapa saya perlu hidup dengan orang yang bunuh anak dia sendiri?" -Nadine Syahirah
"Abang tahu abang salah. Beri abang satu peluang lagi untuk tebus kesalahan abang dekat sayang selama ni" -Irfan Haneef
"Pergilah Irfan. Kembalilah pada wanita yang awak dambakan selama ni. Saya lepaskan awak" -Nadine Syahirah