Sinopsis Light Novel: The Unloved Boy
Di sebuah sekolah menengah, terdapat seorang pelajar lelaki bernama Ian. Dari luar, dia kelihatan tenang dan dingin, tetapi hakikatnya hidup Ian dipenuhi luka yang jarang orang tahu. Dia seorang introvert yang lebih selesa bersendirian. Bukan kerana angkuh, tetapi disebabkan konflik keluarga yang tidak pernah reda serta rakan-rakan yang sering salah faham terhadap dirinya.
Bagi kebanyakan orang, Ian hanyalah "budak yang tidak disukai", seorang yang susah didekati, pelik, dan tidak pandai menunjukkan perasaan. Lama-kelamaan, hatinya membeku, seakan-akan kasih sayang bukan sesuatu yang layak untuknya.
Namun, segalanya berubah apabila hadir seorang pelajar perempuan baharu, Alana. Tidak seperti orang lain, Alana langsung tidak gentar dengan sikap dingin Ian. Malah, dia seorang yang ceria, degil, dan berani menegur Ian tanpa rasa segan. Kehadiran Alana mula menyelit dalam kehidupan Ian, membawa warna yang tidak pernah dia bayangkan.
Daripada kejadian-kejadian lucu di kelas, usikan kecil yang mencuit hati, hingga detik tenang di perpustakaan sekolah, Ian perlahan-lahan belajar tentang persahabatan dan rasa disayangi. Namun, cabaran sebenar tidak pernah hilang. keluarga yang berantakan, rakan-rakan yang terus memandang rendah, serta rahsia besar yang disimpan Alana sendiri.
Mampukah Ian keluar daripada bayangan sebagai "budak yang tidak disukai"? Atau dia akan kekal hidup sebagai The Unloved Boy?