Story cover for CRUSH BEHIND THE DOOR (NEW VERSION) by byFasyah
CRUSH BEHIND THE DOOR (NEW VERSION)
  • WpView
    Reads 2,228
  • WpVote
    Votes 194
  • WpPart
    Parts 35
  • WpView
    Reads 2,228
  • WpVote
    Votes 194
  • WpPart
    Parts 35
Ongoing, First published Sep 14
Dari musuh kini menjadi suaminya yang sah? 


Kerana penghinaan yang diterima, kesalafahaman yang membelit jiwa, Inara Sofea pergi meninggalkan segalanya.  Manakala Qash Adrian pula dihimpit duka.

	Namun, setelah sepuluh tahun berlalu, takdir menemukan mereka kembali dalam sebuah ikatan perkahwinan yang dirancang. Walapun pahit untuk diterima, Inara menelan segala rasa. Perkahwinan mereka bukanlah mudah, hidup bersama penuh pertengkaran dan luka lama yang belum sembuh. Namun, perlahan-lahan cinta hadir mengubat segala derita.

	Saat diulit kebahagiaan, sebuah rahsia yang disimpan rapi mula terbuka. Rahsia yang menyesakkan jiwa, meragut segala rasa percaya. Saat ini, cinta dan janji setia mula menjadi pertaruhannya. Cinta Qash Adrian tulus itu rupa rupanya hanyalah topeng kepada dirinya yang obsesif dan posesif sehingga menakutkan Inara Sofea. 

  Kemunculan Alisa kembali menyentak luka lama dan Airil Iskandar hadir sebagai penyelamat untuk sekali lagi membuatkan Inara terjerat dalam jalan yang berliku sehingga menagkibatkan tragedi yang berlaku. 


	Adakah Inara akan memaafkan dan menerima lelaki itu kembali meskipun ia tahu cintanya berbahaya? Atau dia akan pergi untuk kali kedua? 


##nota kaki 
VL - version lama
VB - version baru


Watak Hero
VL - Luth Ayman
VB - Qash Adrian

Watak Heroine
VL - Inara Aisyah
VB - Inara Sofea
All Rights Reserved
Sign up to add CRUSH BEHIND THE DOOR (NEW VERSION) to your library and receive updates
or
#217love
Content Guidelines
You may also like
BIARKAN HATI MENCINTAI by saiatieya
55 parts Complete
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?
IF I NEVER LOVE YOU ✔ by arynlxa
57 parts Complete
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan daripada NURA QISTINA untuk menawan hati NUHA QISRINA. Tapi dia tidak tahu ada yang lebih mencintainya. Lebih dari dia mencintai NUHA QISRINA. NURA QISTINA hidup dengan bahagia sebelum datangnya NUHA QISRINA. Secara perlahan, orang yang disayangi menjauh darinya. Dia kini seperti barang yang digunakan untuk kebahagiaan orang lain. Untuk kebahagiaan orang yang disayanginya, kebahagiaannya sendiri terkorban. Hadirnya si jejaka dalam hidupnya mengubah segalanya. Jejaka itulah pembakar semangatnya sekarang. Jejaka itulah yang sentiasa membuatnya berasa disayangi. Jejaka itu menyayanginya lebih dari sesiapa. Tapi siapalah dia untuk mencintai dua jejaka dalam satu masa. Memang betul dia meyayangi jejaka itu. Tapi hanya sebagai seorang kawan yang baik. Ini kerana hati dan cintanya milik orang lain. Pada masa yang sama, SYED ZARIF IZZHAN yang dulunya terkejarkan NUHA QISRINA mula menyedari perasaannya yang sebenar. NUHA QISRINA bukanlah cinta sebenar yang dicarinya. Ternyata, jauh di lubuk hatinya mencintai orang yang selama ini dekat dengannya. Namun begitu, semuanya terlambat. Dia sudah menyakiti hati gadis itu. Dia membuatkan gadis itu menjauhinya. Dia telah membuatkan gadis itu membenci dirinya. "I need your help." "Aku akan rampas semuanya dari kau." "Aku akan sentiasa ada dengan kau." "Sekali aku benci, aku akan benci kau sampai bila-bila." "IF I NEVER LOVE YOU.." •••••••• {RANKING} #71 in Teen Fiction (29/6/18) #67 in Teen Fiction (2/7/18) #53 in Teen Fiction (5/7/18) #1 in Twin (11/7/18)
TENGKU HATTA JONATHAN by flwershaee
10 parts Complete
Tengku Hatta Jonathan, dia terkenal dengan sikap gila-gila, nakal, dan suka buat hal. Dia langsung tidak menyangka hidupnya berubah hanya kerana seorang gadis garang bak singa bernama Armel Ariana. Pertemuan mereka penuh pertelingkahan namun takdir menemukan mereka dalam keadaan paling memalukan. Mereka ditangkap khalwat di dalam rumahnya sendiri. "Saya ni doktor awak! Awak kena dengar cakap saya!" - ARMEL "Saya ni majikan awak! Awak kena dengar cakap saya!" - TENGKU HATTA Demi menjaga maruah dua keluarga, mereka terpaksa disatukan. Armel yang keras hati mula sukar menerima kenyataan, sementara Tengku Hatta tetap dengan perangai nakalnya. "Awak nak buat apa ni huh? Nak rogol sayalah tu!" - TENGKU HATTA "M...mana ada! Saya tak sengaja tertarik baju awak tadi. Maafkan saya!" - ARMEL ARIANA Namun setiap kali Armel marah, Tengku Hatta hadir dengan ayat-ayat manis yang kadang membuatkan gadis itu tewas dalam diam. Dia mengusik, mengorat, dan melayani Armel dengan baik, seolah perkahwinan itu bukan paksaan tetapi pilihan hatinya sendiri. Namun Tengku Hatta menyimpan rahsia gelap. Keluarganya bukan keluarga biasa. Mereka terlibat dalam urusan gelap yang tidak pernah disentuh dunia luar. Satu demi satu ujian datang. Pengkhianatan, ancaman musuh dan dendam yang selama ini disembunyikan darinya. Sehinggalah Tengku Hatta dipaksa membuat pilihan yang paling memeritkan. Antara keluarga atau mempertahankan Armel, wanita yang semakin hari semakin bertakhta di hatinya. Dan pada saat semuanya hampir musnah... barulah Tengku Hatta sedar, keberanian seorang lelaki bukan terletak pada nama keluarganya tetapi siapa yang sanggup dia lepaskan demi orang yang dia cinta. "Kalau Mel ikut ayah Mel, Mel bukan lagi isteri abang." - TENGKU HATTA "Memang itu pun apa yang aku nak. Aku tak ingin pun nak jadi isteri kau." - ARMEL *No plagiat allowed!!! ©flwershaee, 2025
Pelan Cinta by the_areumi
42 parts Ongoing
Akibat satu insiden di hadapan sebuah hotel, Nadine Ilana mula mengenali Tengku Luth Elhan dengan nama yang lain. Sejak itu, takdir seolah-olah sengaja menyusun pertemuan mereka berulang kali. "Setiap kali I ada masalah mesti you yang datang tolong I." - Nadine Ilana "I was born to be a hero." Tengku Luth Elhan "Does this mean I should start calling you The Amazing Hero?" - Nadine Ilana "Sebelum ni panggil abang, takkan tiba-tiba nak panggil The Amazing Hero?" - Tengku Luth Elhan Bersama Nadine, Tengku Luth merasa bebas menjadi seperti orang biasa. Tiada protokol yang perlu dijaga, tiada beban yang perlu dipikul. "You look like a lost cat." - Tengku Luth Elhan "Can you adopt me?" - Nadine Ilana Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja antara jejaka berdarah bangsawan dan gadis yang keras kepala, mula menumbuhkan benih cinta yang tak terduga. Namun, di saat Tengku Luth mengumpulkan keberaniannya untuk meluahkan isi hati, cintanya ditolak mentah-mentah. Ia bukan sekadar penolakan biasa, tetapi diiringi dengan kata-kata yang menikam ego dan harga dirinya. "Berhenti gilakan I. Apa pun yang jadi, I takkan pernah suka lelaki macam you!" - Nadine Ilana "I'll make you fall for me, mark my words!" - Tengku Luth Dari cinta yang ditolak, kini wujud satu tekad. Dia mahu mengajarnya! Tengku Luth mula melancarkan perang dingin, menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mengganggu kehidupan Nadine. "Kami berdua dah buat satu keputusan, dan malam ni saya nak umumkan yang saya dan Nadine... akan berkahwin."
CINTA HATI ALI by itswynaa
27 parts Ongoing
Hubungan antara gadis kampung dan CEO Megah Holding? Oh tidak. Kisah cinta antara Ali dan Fatimah bukan lah kisah cinta yang indah seperti dalam TV. Kisah cinta antara penoreh getah dan anak pengutip buah. Dalam kampung yang serba-serbi kekurangan dengan kemudahan moden itu, terdapat seorang lelaki yang bertungkus-lumus bekerja menoreh getah untuk membantu ayahnya menampung keluarga. Munculnya seorang gadis yang cukup cantik dan ayu ke dalam hidupnya membuatkan Ali bekerja lebih masa selama beberapa bulan. Setelah yakin pada hatinya sendiri, yakin pada takdir-Nya, Ali akhirnya berhasrat meminang gadis pujaannya itu. Walaupun dia tahu, duit simpanannya masih tidak mencukupi untuk menampung hidup gadis itu, tapi dia tetap akan usaha sehabis mungkin. Lebih baik bekerja keras daripada pujaan hati dirembat orang. ❝Sebenarnya, kita rancang nak masuk minang awak hujung minggu ni. Kita harap awak boleh terima kita.❞ - ALI FIRDAUS ❝Hujung minggu? Esok lah, kan? Saya harap awak pegang kata-kata awak. Saya tunggu awak esok, Ali.❞ - FATIMAH AZZAHRA Bak kata orang tua, rezeki tak salah alamat, jodoh tak kemana. Akhirnya, mereka berjaya di ijab kabulkan dengan izin kedua belah keluarga. Namun, bolehkah mahligai yang baru dibina itu berdiri teguh dalam dunia yang penuh dengan kekejaman dan ekonomi yang semakin menyeksa kini? Adakah kebahagiaan menanti kedua mempelai itu, atau perpisahan yang menjadi penutup kisah mereka? ゚𐦍༘⋆ PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
You may also like
Slide 1 of 10
BIARKAN HATI MENCINTAI cover
Jika Kau Yang Memiliki cover
SUAMI AKU,BOSS AKU! cover
IF I NEVER LOVE YOU ✔ cover
Derita Seorang Maira  | OG cover
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎ cover
TENGKU HATTA JONATHAN cover
Pelan Cinta cover
CINTA HATI ALI cover
Dendam Dalam Cinta [C] cover

BIARKAN HATI MENCINTAI

55 parts Complete

Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?