2 parts Ongoing Faezatusyaqiera seorang gadis yatim piatu, pada umur 18 tahun. Orang tua nya terlibat dalam satu kemalangan dan meninggal ditempat kejadian, dan dia syak perkara yang terjadi ada kena mengena dengan kenalannya juga. Dan sejak kehilangan orang tua nya, Qiera menjadi seorang yang berlainan dari perwatakannya yang sebenar. Dari seorang yang ceria, dia menjadi seorang yang pendiam. Perwatakan yang lemah lembut juga berubah menjadi kasar, apabila kehilangan orang tuanya dia menjadi seseorang sangat susah untuk mempercayai orang luar. Qiera yang berkulit putih menghidap satu sindrom heterokromia, mata kirinya berwarna coklat cair manakala mata kanannya berwarna biru laut. Rambutnya yang panjang berwarna hazelnut brown menyerikan lagi wajah cantiknya. Keunikan warna matanya juga menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Namun ada satu rahsia yang disorok oleh Qiera.
Fazriel Asyraf seorang jejaka berbadan tegap, tinggi,bermata hitam pekat, bulu kening yang agak tebal menambahkan kekacakannya. Dengan kulitnya yang agak cerah, menjadi seorang ahli bomba ada cita-cita nya dari kecil. Dan atas usahanya sendiri, dia berjaya mencapai cita-citanya sebagai ahli bomba. Fazriel dibesarkan oleh keluarga yang sangat menjaganya dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Dia menaruh harapan pada seorang gadis yang sudah lama dia mencintai, sejak dibangku sekolah lagi dia memerhati gadis itu. Namun gadis itu menghilang tiba-tiba dan suatu hari dia terserempak dengan gadis yang masih bertahta dihatinya.
"Faezatu? Is that you? Faezatusyaqiera?" Fazriel tidak berkelip mata memandang gadis cantik yang sedang berdiri menghadapnya.
"Yes, kau siapa?" Mendatar sahaja suara Qiera membuat Fazriel terdiam melihat perubahan gadis itu.
"Sasaya.. saya suka awak!" Fazriel menghulur surat yang berada ditangannya, namun gadis itu hanya diam membisu memandangnya."Maaf,saya takboleh." terus gadis itu melangkah jauh darinya, kecewa? Ye, Fazriel sangat kecewa