"kita ixora, kita tidak seorang"
Lima orang gadis berusia 14 tahun bertemu di Akademi Moonlight. Sebuah akademi terkemuka di Kerajaan Floria dan sekitarnya. Meskipun mempunyai ability yang berlainan dan berbeza kerajaan, ikatan persahabatan terjalin dalam masa yang singkat. Bunga IXORA menjadi peneman. Lama-kelamaan menjadi kegemaran. Membentuk nama sebuah kumpulan.
Suatu hari, Tuan Amir merangkap pengetua Akademi Moonlight memberitahu mereka bahawa satu kumpulan bernama PHOENIX sedang memburu prodigy yang mempunyai ability seperti mereka asbab perkara yang terjadi pada dahulukala. Sejak itu, mereka mula dilatih untuk melangkah keluar daripada akademi tersebut bagi melakukan kerja.
Semasa berada di petengahan jalan, mereka diserang oleh salah satu kumpulan Phoenix, Crow. Di dalam pertarungan, Afiqah cedera parah. Demi menyelamatkan sahabat mereka itu, hutan diredah tanpa berfikir panjang. Di saat itu, mereka dikejutkan dengan satu serangan hendap.
Hidup di dalam persembunyian, penipuan. Nyawa menjadi taruhan. Kehidupan tragis perlu dilalui. Diburu untuk dibunuh. Salah seorang telah ditahan. Air mata mengalir deras.
Walau badan ditusuk pedang mahupun parang, segala kekuatan dan kudrat turut dikerah. Pelbagai ujian, cabaran, malah malapetaka datang menyapa. Kehadiran orang baru mengembalikan sinar yang terpadam.