Walau Kau Tak Cinta... Awalnya.

Walau Kau Tak Cinta... Awalnya.

  • WpView
    Reads 2,140
  • WpVote
    Votes 287
  • WpPart
    Parts 15
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Dec 5, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Tidak semua cinta bermula dengan pandang pertama. Tidak juga dengan malam pertama. Tambahan pula untuk Fareeq Hakam yang terpaksa berkahwin dengan Melati walaupun dia tak sudi. Awalnya. Hakam setuju untuk memperisterikan Melati kerana itu permintaan opah tersayang. Kerana wanita yang membesarkannya itulah akhirnya dia setuju juga berkahwin dengan Melati, si budak kampung yang dia pandang sebelah mata. Melati itu sudahlah budak kampung, bergaya pun serupa budak kampung juga. Sudah itu, tak belajar tinggi mana dan ada hati pula mahu bekerja di syarikat Hakam. Sebab opah dah suruh dan paksa dia gajikan juga Melati di syarikatnya, dia pun turutkan saja. Dan yang paling Hakam bengang, mulut banyak cakap Melati. Sudah serupa murai tercabut ekor saja. Semua benda nak cerita, semua benda nak kongsi. Hakam tak tanya pun, tak ingin tahu pun. Tapi tetaplah Melati nak kabo. Melati sangka Hakam itu susah nak terima dia sebab mereka sama-sama tak pernah kenal sebelum jadi suami isteri. Jadi Melati terima saja perangai sejuk beku Hakam yang muncul sesekali. Mereka perlukan masa dan ruang makanya Melati okey saja. Tambahan pula Hakam tak pernah mengasari dia selaku isteri. Namun bentakan Hakam di suatu masa menyedarkan Melati dia bukanlah isteri yang suaminya itu inginkan. Hakam bukan sekadar terpaksa sebaliknya dipaksa untuk menikahi dia. Nak terasa, tak boleh buat apa. Melati mula faham mengapa Hakam tak pernah kenalkan dia sebagai isteri dengan staf-staf di pejabat. Melati mula faham mengapa Hakam tak pernah endahkan dia sebagai staf di pejabat lelaki itu sendiri. Hakam tak inginkan Melati sebagai isteri atau staf! Melati saja yang sangka dia berpeluang! Patutkah Melati yang sudah mula sedar diri mula undur diri? Patutkah Hakam biar saja Melati undur diri lalu hilang diri? Biar mereka tidak lagi menjadi suami dan isteri? Begitukah?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Forever Isn't What We Promised
  • Permission to Fall, Prof!
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • HELLO QASWAR
  • Racing King

Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?

More details
WpActionLinkContent Guidelines