Aina tidak pernah merancang untuk pulang ke Kampung Ara Kita sebagai seorang pewaris. Baginya, kunjungan ke rumah Tok hanyalah percutian biasa tiga beradik. Namun, gelang warisan di pergelangan tangannya - hadiah misteri daripada ibunya yang tidak pernah benarkan ia ditanggalkan - mula berdenyut panas sebaik sahaja tayar kereta mencecah jalan tanah merah kampung itu. Rumah Tok bukan sekadar binaan kayu lama. Ia adalah sebuah kotak rahsia yang bernafas. Ada perempuan yang tidak sepatutnya wujud. Ada kakak yang perlahan-lahan hilang dari dirinya sendiri. Dan ada sebentuk cincin perak di jari Tok yang tidak pernah ditanggalkan selama lima puluh tahun. Kehancuran cincin itu bukanlah pengakhiran. Ia hanyalah jemputan - daripada sesuatu yang memakai mahkota, yang tidak pernah tersenyum, dan yang sudah mengira masa untuk menuntut haknya jauh sebelum Aina dilahirkan. [ Folk Horror | Seram Psikologi | Budaya Melayu ]
More details