
Belle tak pernah menyangka, jodohnya rupanya terlalu dekat. Sejak kecil dia rapat dengan Alisya...sahabat yang dianggap seperti adik-beradik sendiri. Namun siapa sangka, lelaki yang selalu diceritakan Alisya dengan penuh usikan dan gurauan, kini sah menjadi suaminya. Ezriel. Abang Alisya yang pendiam, introvert, tapi diam-diam punya hati yang lembut. Dia lebih suka menghabiskan masa dengan keluarga, kerja keras demi rezeki, dan dalam diam... menyimpan rasa yang tidak pernah diluahkan. Belle pula, seorang wanita berhijab sempurna, berpurdah, dan membesar dengan didikan sederhana walaupun keluarganya berharta. Dia tidak pernah mengimpikan majlis kahwin gilang-gemilang, kerana bagi Belle cinta itu bukan pada kemewahan, tapi pada ketulusan hati. Tapi... mampukah sebuah rumah tangga yang bermula dengan persahabatan ini berkembang menjadi cinta sejati? Atau, mampukah Ezriel meruntuhkan tembok yang selalu jadi penghalang hatinya sendiri? Sebuah kisah ringan, penuh dengan gelak tawa, manja, gaduh kecil dan manis selepas kahwin. Kerana kadang-kadang, jodoh itu benar-benar lebih dekat dari yang kita sangka. "Belle, kadang kita cari jauh... tapi sebenarnya, yang terbaik Allah dah letak depan mata." - Alisya Nuradeena "Tapi, dia tu... Ezriel, abang kau...Alisya." -Isabella Qaireen Adelia. "Dan sekarang...dia suami kepada Isabella Qaireen Adelia." - Ezriel Zahran "Haa, abang aku... dah jadi milik sahabat aku. Jaga abang aku baik-baik, Belle. Dia manja, cuma tak tunjuk depan orang." - Alisya Nuradeena "InsyaAllah, aku jaga. Sebab sekarang... dia amanah aku juga." - Isabella Qaireen Adelia.All Rights Reserved
1 part