We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
SETIA PADAMU

SETIA PADAMU

  • WpView
    Reads 24
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Oct 2, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Sebelum tu, saya nak explain cerita saya buat sebelum ni yang tajuk sama saya dah unpublish sebab ada masalah tertentu. Tapi Insya-Allah.. Harap tiada lagi masalah seperti sebelum ni. Aesteria Afrina, seorang gadis yang ceria dan penuh keyakinan, nekad untuk menjadi "cupid" dalam hidup dua insan yang paling dekat di hatinya sahabat baiknya, Alieyana Dahlia, dan sepupunya, Megat Irfan Hakimi. Baginya, mereka adalah padanan sempurna, dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi menyatukan mereka. Namun, jalan takdir tidak semudah yang Aesteria sangka. Saat perkenalan terjalin, pelbagai masalah mula timbul salah faham, ego, perasaan yang bercampur aduk, bahkan rahsia yang tidak pernah terbongkar mula menggoncang hubungan mereka. Dalam diam, Aesteria sendiri berdepan dilema hati apabila manajernya yang tegas tetapi penuh perhatian, Tuan Arayan Zafiro, menyimpan perasaan cinta terhadapnya. Cinta itu membuatkan Aesteria sering keliru, apatah lagi apabila kehadiran lelaki itu banyak memberi ruang dan perlindungan kepadanya. Namun hidup Aesteria semakin kusut apabila sepupu kepada Tuan Arayan yang sudah lama mengenalinya sejak zaman sekolah menengah mula menunjukkan sisi gelapnya. Lelaki itu tidak dapat menerima hakikat bahawa Aesteria dan Arayan semakin rapat. Baginya, itu adalah cinta sejati yang harus dimiliki, tetapi bagi Aesteria, ia hanyalah obsesi yang menakutkan. Gangguan demi gangguan mula menghantui hidupnya, hingga Aesteria terperangkap antara menjaga hati orang sekeliling, melindungi diri sendiri, dan mencari kebenaran tentang benang takdirnya. Adakah Aesteria mampu menyatukan dua hati seperti yang diimpikannya? Atau benang takdir yang cuba diatur itu akan menjerat dirinya dalam sebuah cinta penuh luka?
All Rights Reserved
#274
kecewa
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Permission to Fall, Prof!
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Forever Isn't What We Promised
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • HELLO QASWAR
  • Racing King
  • Derita Seorang Maira  | C

📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

More details
WpActionLinkContent Guidelines