Sinopsis
Huayong seorang anak yatim piatu yang dibesarkan oleh Mei Lian iaitu Ibu Naga, ketua organisasi pengedar dadah dan permedagangan organ manusia di daerah Liangzhou. Hidupnya hanyalah darah dan senjata, sampai satu malam dia ditembak semasa menjalankan satu misi lalu diselamatkan oleh Shaoyou - pemuda buta dengan wajah yang kelihatan cantik seperti ukiran halus pada porselin dan mata coklat bagaikan sutera yang lembut.
Pertemuan itu menumbuhkan tekad Huayong untuk keluar dari organisasi tersebut kerana Huayong mempunyai perasaan terhadap Shaoyou. Namun Ibu Naga mengancam, jika Huayong berani meninggalkan organisasi, maka Shaoyou akan dibunuh.
Di antara kesetiaan pada dunia gelap dan cinta yang baru dia temui, Huayong harus memilih-taat atau melawan takdirnya sendiri.
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang