
Han Daniel Irfan, jejaka kacukan Korea,Malaysia yang membesar di Seoul, kembali ke Malaysia selepas bertahun,tahun merantau. Dia ada satu misi kecil tetapi bermakna , mencari rasa yangnyeom gejang, ketam perapan pedas Korea kegemarannya yang mengingatkan dia pada ibunya. Namun, di seluruh kawasan bandar kecil itu, hanya ada satu restoran Korea yang menjual hidangan tersebut... malangnya sudah habis. Daniel hampir berputus asa, sehinggalah dia secara tak sengaja bertemu dengan seorang gadis misteri, Yoon Hana Sofea, yang tidak bertudung dan memiliki gerai makanan kecil di tepi jalan. Anehnya, dia menjual tepat apa yang Daniel cari , resepi ketam perapan pedas dengan sentuhan uniknya sendiri. Pertemuan itu yang sepatutnya hanya sekali, berubah menjadi permulaan hubungan yang pelik, seorang lelaki yang terlalu merindui rasa masa lalu, dan seorang wanita yang diam,diam menyimpan rahsia besar di sebalik resepi ketamnya. Di antara aroma pedas ketam, perbezaan budaya, dan rahsia yang bakal terbongkar, mampukah mereka temui rasa cinta sebenar... atau semuanya hanya sementara, seperti rasa ketam yang manis pedas di lidahnya,All Rights Reserved
1 part