Takdir Yang Tersisa (Bakal Di Ebook)
36 parts Ongoing Novel kelapan
Takdir Yang Tersisa π₯
"Kadang-kadang, cinta bukan soal pilihan... tetapi tentang siapa yang sanggup bertahan dalam ujian."
Sinopsis
Megat Zaydan ialah seorang lelaki softspoken dan maskulin yang hidup bahagia bersama isterinya, Darina Sofea. Namun, kebahagiaan itu tidak lama. Satu kemalangan meragut segalanya apabila Darina mengalami gegaran otak hingga bertukar sikap seperti kanak-kanak sepuluh tahun. Meski ramai mendesaknya untuk berpisah, Zaydan tetap setia kerana cintanya pada sang isteri tidak pernah berubah.
Di sisi lain, Nurina Lutfiyah, anak kedua yang memikul tanggungjawab keluarga sejak usia belasan tahun, membesar dengan luka kasih sayang yang pincang. Dia bekerja sebagai jururawat penjaga pesakit pada siang hari, dan menjadi penghantar makanan pada malam hari demi kelangsungan hidup. Pertemuannya dengan Zaydan bermula apabila dia dipilih untuk menjaga Darina.
Hari demi hari, Nurina menyaksikan kesetiaan Zaydan yang teguh, namun hidupnya sendiri mula diuji. Tuntutan keluarga dan beban masalah adik-adiknya memaksanya menerima sebuah perkahwinan yang tidak pernah dia impikan. Bersama Zaydan, dia melangkah ke alam rumah tangga yang penuh tanda tanya diantara setia, pengorbanan, dan takdir yang tak terduga.
Mampukah mereka menemui sinar bahagia, atau hanya derita yang akan menjadi takdir yang tersisa?
π― Hak ciptaan saya sendiri
βTiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
βCerita ini adalah rekaan saya sendiri kalau tersama dengan kisah hidup sesiapa saya minta maaf π