The Silence
(COMPLETE)
Tentang Noah Muammar yang sedari kecil sudah kehilangan kasih sayang orang tua, bukan kerana ibu bapanya meninggal dunia atau berpisah tetapi memang mereka yang tidak mahu memberi kasih sayang kepada satu-satunya anak mereka itu. Walaupun pandai dalam pelajaran namun tidak di nafikan, Noah agak liar di luar kampus.
"Balik, Mar." - FARIS -
"Aku nak balik mana, Ris? Aku ada rumah ke?"
- NOAH MUAMMAR -
Noah hanya mengenali Mak Da, orang yang sedari kecil menjaganya. Dia membesar juga bukan kerana harta atau wang yang diberi ibu bapanya tetapi harta yang ditinggalkan oleh arwah datuknya.
Hidup Noah yang memang sedia berantakan, di buat semakin keruh dengan kehadiran seorang pelajar biasiswa baru di kampus milik keluarganya. Pelajar perempuan yang Noah gelarkan sebagai 'Perempuan gila yang misteri'. Tiada siapa yang mengetahui kisah hidup pelajar itu.
"Kau nak apa daripada aku?!"
- NOAH MUAMMAR -
"Aku nak kau ganti balik buku aku yang kau dah koyakkan tu," - NILAM MARISSA -
"Buku apa? Aku tak ambil la buku kau apatah lagi nak koyakkan. Kau ingat aku tak ada kerja ke?"
- NOAH MUAMMAR -
"Habis tu siapa yang koyakkan? Hantu ke?"
- NILAM MARISSA -
Selepas kejadian salah menuduh itu, Nilam sedaya upaya untuk menjauhkan diri tetapi takdir seakan membawa dia semakin dekat dengan lelaki itu. Apakah kehadiran Noah membawa bahagia atau semata-mata untuk menambah luka?
Start : 23/3/25
End : 21/7/25