Kegelapan mutlak menanti di jantung kota purba Eclipsion. Lira, Damien, Selene dan Mara menuruni tangga tak berpenghujung, diburu bisikan Erevos-entiti bayang kuno yang bercita-cita menyatukan dunia manusia dan vampire dalam kegelapan abadi.
Sepanjang perjalanan, mereka dipaksa menghadapi ilusi dosa silam: rahsia darah campuran Damien terbongkar, keturunan pewaris purba Lira teruji, dan kesetiaan pasukan retak apabila seorang sekutu mendedahkan diri sebagai pengkhianat. Erevos menggoda Lira dengan tawaran kuasa tak terbatas dan janji menyelamatkan Damien yang parah, memaksa Lira memilih antara cinta dan keselamatan seluruh dunia.
Pertempuran akhir menyaksikan gabungan kuasa cahaya dan kegelapan ketika Lira dan Damien mengikat Sumpah Darah, menyalurkan tenaga Batu Ketiga untuk menutup Gerbang Eclipsion. Dalam dentuman yang menggoncang dua alam, Erevos musnah, tetapi pengorbanan meninggalkan kesan yang tidak dapat dipulihkan.
Saat fajar pertama menembusi langit Eldoria, dunia manusia dan vampire menyambut subuh baru-namun Lira dan Damien tahu cinta mereka akan kekal sebagai legenda pahit-manis, tanda bahawa pengorbanan terbesar lahir dari kasih yang tidak terikat oleh waktu mahupun darah.
Emmett Dmitri dibuang oleh bapanya King Vlad Dmitri kerana statusnya. Emmett didakwa bukan darah dagingnya.Emmett merupakan hasil curang Queen Celeste bersama Romanov iaitu panglima angkatan tentera kerajaan di bawah pemerintahan Dimitri ll.
Emmett dibuang di sebuah istana lama yang terkena sumpahan ketika dia masih kecil secara bersendirian.Istana terletak jauh di tengah hutan.Emmett hidup dengan menghisap darah binatang yang melewati kawasan istana.
Amber, seorang jurnalis membuat liputan tentang kehidupan masyarakat asli di pedalaman. Kehadiran Amber di kampung tersebut membuatkan nafsu Emmett mengganas.Dia mahu memiliki Amber.Dia mahu menikmati darah Amber.Realitinya jika dia menghisap darah Amber, wanita itu akan menjadi sebahagian dari dirinya.Tidak tergamak pula dia mengheret Amber ke dalam dunia gelapnya.Namun naluri hatinya berkata Amber itu adalah pasangannya.Amber ditakdirkan untuknya.
Emmett mula menjauhi Amber.Dia memburuk burukkan Amber pada orang kampung sehingga wanita itu dihalau keluar dari kampung.Emmett sengaja menyakiti wanita itu agar Amber pergi tinggalkan kampung tersebut.
Seorang Amber tidak mudah mengalah.Dia perlu bertahan di kampung itu sehingga tugasannya selesai.
Suatu hari Amber ditangkap oleh pembalak haram ketika merayau berseorangan di dalam hutan.Kehilangan Amber menjadi tanda tanya kerana barang barang peribadi wanita itu ditemui di dalam hutan.
Emmett menjejak Amber dan dia berjaya menemukan wanita itu dalam keadaan separuh sedar.Wanita itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah.Sedaya upaya dia menahan nafsunya apabila melihat darah Amber.
Emmett membawa Amber ke istananya.Dia merawat Amber sehingga sembuh.
Melihat Emmett yang bersungguh sungguh merawat dirinya membuatkan Amber tertanya tanya.Bukankah lelaki itu membencinya?Mana pergi Emmett yang selalu perlekehkan dirinya?Emmett yang garang dengannya??
☆☆☆☆
Ini percubaan pertama Scha menulis mengenai cinta seorang Drakula dan manusia.
Copyright @ schamalaika4