Di bumi Tanah Melayu yang sarat dengan sejarah dan legenda, hidup seorang gadis bernama Cahaya. Warisan keluarganya bukan sekadar ilmu mengurut. Akan tetapi, sumpahan gelap yang terus menghantui dirinya. Dalam usahanya melarikan diri daripada bayangan itu, takdir mempertemukan seorang pemuda soleh bernama Nadim yang diutus oleh gurunya untuk mengendalikan kes kehilangan misteri di sebuah kampung terpencil.
Bersama seorang budak bijak bernama Belalang, mereka bertiga menempuh perjalanan yang penuh misteri, teka-teki, ujian, dan rahsia yang tidak terjangka dek akal.
Namun semakin jauh mereka melangkah, semakin jelas bahawa perjalanan itu bukan sekadar menyelesaikan kehilangan... tetapi juga pertarungan antara bayangan hitam dan cahaya dalam diri masing-masing.
Lembayung Karma, sebuah buku yang dinukilkan tentang takdir, cinta, warisan, serta cahaya yang lahir dari kegelapan.
All Rights Reserved