C |  Warkah Cinta Terindah

C | Warkah Cinta Terindah

  • WpView
    Reads 105,365
  • WpVote
    Votes 3,534
  • WpPart
    Parts 43
WpMetadataReadComplete Sun, Nov 23, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
"Siapa kau sebenarnya?" suara garau itu, memecah keheningan malam itu. Pandangan matanya tajam menikam pada wajah polos itu. "Aku tanya... siapa... kau sebenarnya?" soalan itu diulang lagi oleh Megat Nufail. Nafasnya dihela kasar, dada bidangnya jelas kelihatan berombak. "Jawab!" tengking lelaki itu. Langkahnya kian mendekati tubuh wanita yang kecil itu hingga rapat bersandar pada dinding. Anak mata mereka berdua saling bertaut. "S..saya..." suara Indah Qasreena serak, dia menelan liur. Renungan Megat Nufail semakin tajam, seolah pisau belati yang menikam. "Kau isteri aku. Aku percayakan kau... Ini yang kau balas? Siapa kau!" tengkingnya lagi. Megat Nufail semakin mendesak Indah Qasreena untuk memberikan jawapan. Tak semena-mena, segaris senyuman sinis merekah di bibir Indah Qasreena. "Jadi... kau dah tahulah ya?" ucapnya, dingin. Megat Nufail menghentak tangannya ke arah dinding. Dia mendekatkan wajahnya. Renungan matanya masih tajam dan tidak berganjak dari wajah polos isterinya. Indah Qasreena segera menepis tangan Megat Nufail. "Siapa pun aku... aku dah jadi isteri kau. Isteri kau yang sah." sinis, senyuman semakin melebar di wajahnya. Megat Nufail menggenggam erat pada tangannya, cuba menelan sabar yang semakin membara di ruang hatinya. "Kau...!" ucapnya, menahan marah. Indah Qasreena hanya menatap wajah suaminya yang sudah merah padam itu. "Nak pukul? Pukul lah," dia cuba memarakkan lagi api yang sudah tersedia membara. PANG! Satu tumbukan dilaynangkan tepat di sisi wajah Indah Qasreena. Nafas kasar Megat Nufail jelas kedengaran. "Aku belum dayus lagi, untuk pukul perempuan," ujar Megat Nufail, dingin. Start: 26th September 2025 End: 23rd November 2025
All Rights Reserved
#412
romance
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Hari ini, Esok dan Selamanya [COMPLETE]
  • Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C
  • 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐦𝐚 | C
  • Way back to you.
  • 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢 | C
  • Love, Unspoken
  • 𝐇𝐚𝐢𝐟𝐚 : 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐃𝐞𝐬𝐢𝐫𝐞 | C
  • KESEMPATAN KEDUA
  • [C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!
  • 𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | C

Aira Akasyah jalani hidup yang cukup bahagia. Namun semuanya berubah selepas dia disahkan kanser. Tiada banyak masa lagi untuknya. Dengan itu, dia ambil keputusan untuk penuhi impiannya dengan membeli sebuah apartment yang terletak di sebalik gunung. Aira sangka dia boleh menghabiskan sisa hidupnya di situ dengan tenang. Malangnya tidak bila jiran di hadapan rumahnya tiba-tiba mengetuk pintu dan menghalaunya keluar. Lelaki itu sangat biadap membuatkan Aira sangat membencinya. Rizq Akasyah jalani hidup yang sangat sunyi dan damai sehinggalah muncul jiran baru tinggal di hadapan rumahnya. Di mana itu sangat mengganggu ketenteraman. Kerana Rizq bencikan bunyi. Dia dikurniakan deria pendengaran yang teramat kuat. Rizq mampu mendengar apa-apa sahaja. Itu adalah kuasa bagi orang lain, tapi tidak bagi Rizq, itu adalah sumpahan. Suara orang bercakap pun boleh buatkan gegendang telinganya mahu pecah. Oleh itu dia selalu memakai headphone di telinganya. Berjumpa dengan Aira buatkan dia alami sesuatu yang tak pernah dijangka. Dia tak dapat dengar suara Aira melainkan dia buka headphone itu. Hanya suara dia sahaja yang kedengaran normal. Buat pertama kali dia boleh berhadapan dengan seseorang tanpa menyakitkan telinganya. Dan itu meninggalkan sesuatu dalam hati Rizq.

More details
WpActionLinkContent Guidelines