#2nd 𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗜𝗘𝗦 ✦
"I nak melamar you jadi isteri I, Dhea. I perlukan anak. And I want you to carry it. Whatever the price. I'll make sure you won't say no." ―TUAN DEAN
Kasanova, sweet talker, playboy dan duda! Singkat sahaja gelaran itu diberikan kepada jejaka bernama Dean Mateen, si duda yang berusia 41 tahun. Kerana kegagalan rumah tangganya bersama Hayla Edlina, 6 tahun yang lalu itu tidak semestinya hidup Tuan Dean akan berakhir. Dia mahu membina kehidupan baru bersama seseorang, tapi siapa?
"Pakcik tua macam kau ni memang suka goda perempuan, kan?" ―BUNGA DHEA
Bunga Dhea. Si pelukis jalanan yang bersikap prejudis terhadap makhluk yang bernama lelaki. Pengkhianatan lelaki sudah lama menoreh tangkai hatinya. Bagi Dhea, lelaki hanyalah spesis yang pandai berjanji di mulut, kemudian hilang begitu saja!
Dapat pula tawaran menjadi isteri kepada Tuan Dean? Oh, tidak! Itu adalah satu-satunya mimpi ngeri yang tak diingini dalam hidup seorang Bunga Dhea! Dalam ramai-ramai lelaki atas muka bumi ini, Dhea paling anti dengan lelaki itu!
"Age is just a number, sweetheart. Yang penting, kita serasi. You anak dara, i duda terlajak. Tak salahkan kalau kita saling mengenali?" ―TUAN DEAN
"Are you out of mind?! Mulai dari hari ni, tolong jangan lalu depan aku, tolong jangan pandang muka aku bila kau berjalan! Dan tolong jangan bernafas bila kau jumpa aku! Titik!" ―BUNGA DHEA
Dean tetap Dean. Jiwanya meronta mahukan Dhea sepenuhnya. Nakalnya Tuan Dean menggoda memang selalu buat Dhea tak tentu arah.
"Jangan cakap you dah tergoda tengok I, Dhea." ―TUAN DEAN
"Excuse me?! You called that godaan, Dean? Loya tekak saya tahu tak!" ―BUNGA DHEA
"I'm your husband. And you're my wife. You expect apa, yang I takkan sentuh you?" ―TUAN DEAN
Aduhai, mampukah Dhea bertahan dengan gangguan cinta si duda terhangat ini tatkala hadir Hayla, bekas isteri suaminya muncul semula?
pertunangan mereka pernah jadi harapan. Dua hati yang saling percaya, saling mencintai, dan saling berjanji untuk menua bersama.
Tapi segalanya terhenti tanpa amaran. Saat Ayuni menghilang dari hidup Rayqal, membawa hati yang tak pernah sempat dijelaskan.
di bumi asing, di bawah langit negara orang. Ayuni membuat keputusan. Satu keputusan yang merobohkan segalanya. Dia memutuskan pertunangan. Tanpa alasan. Tanpa perjelasan.
Cuma tinggal sebaris pesanan ringkas yang Rayqal baca berulang kali selama bertahun:
"I'm sorry, Rayqal. I can't continue this."
Dan sejak itu, Rayqal hidup dalam pertanyaan. Apa salahnya? Apa kurangnya dia? Kenapa Ayuni memilih pergi?
Soalan-soalan itu tidak pernah dijawab.Cuma tinggal diam. Yang semakin hari, semakin menyakitkan.
Tapi takdir bukan sekadar permainan masa lalu. Beberapa tahun kemudian, Ayuni pulang ke Malaysia. Dan mereka bertemu semula di tempat yang berbeza, dalam hidup yang sudah berubah, tapi dengan hati yang masih menyimpan sisa cinta yang sama.
Rayqal masih mencari jawapan. Ayuni pula masih cuba menyembunyikannya. Mereka saling mencintai. Tapi mampukan cinta itu hidup semula, jika ia terpaksa berpijak atas rahsia yang selama ini disembunyikan demi melindungi atau demi melarikan diri?
Kerana untuk Rayqal, Ayuni bukan sekadar masa lalu. Dia adalah Lyubov terakhirnya. Dan Rayqal, tak pernah belajar cara untuk melupakan.