Rahsia Di Balik Nama

Rahsia Di Balik Nama

  • WpView
    Reads 82
  • WpVote
    Votes 28
  • WpPart
    Parts 5
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Nov 4, 2025
Dua keluarga ternama, Rayqal dan An-Nuha, kelihatan sempurna di mata masyarakat kaya, berpengaruh, dan penuh aura kejayaan. Namun di sebalik kemewahan itu tersimpan sejarah lama yang merenggangkan mereka persahabatan pengasas kedua keluarga yang musnah akibat pengkhianatan, meninggalkan permusuhan yang diwarisi generasi demi generasi. Irdina An-Nuha, anak kedua yang keras kepala dan bijak, pulang ke tanah air selepas bertahun menimba ilmu di luar negara. Dia tidak pernah faham mengapa keluarganya begitu menentang keluarga Rayqal, sehingga pertemuannya dengan Zafran Rayqal, pewaris tua yang karismatik tetapi dibebani luka silam, membakar percikan konflik baru. Pertemuan pertama mereka penuh ego dan ketegangan, namun takdir punya cara sendiri untuk menyatukan mereka. Di tengah usaha membina kerjasama perniagaan antara syarikat keluarga, rahsia lama muncul kembali. Perjanjian yang selama ini hanya legenda membongkar kebenaran pengkhianatan, menggoncang tidak hanya hubungan dua keluarga, tetapi juga perasaan kepercayaan yang mula tumbuh antara Irdina dan Zafran. Nadira mengetahui Zafran pernah menyimpan hati padanya, Nadira merancang perjodohan Irdina dan Zafran demi menutup kisah lamanya meski itu bermakna mengorbankan kebahagiaan adiknya sendiri.
(CC) Attrib. NonComm. ShareAlike
#117
novelmelayu
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • HELLO QASWAR
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Permission to Fall, Prof!
  • Forever Isn't What We Promised
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Racing King

Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?

More details
WpActionLinkContent Guidelines