💢Blurb💢
Calyssa Evelina tak pernah sangka hidupnya boleh jadi sepusing ini. Tunang yang kononnya setia dan baik di mata keluarga, rupanya tak ubah seperti sebuah mimpi buruk. Belum sempat luka sembuh, muncul Haniff Evender lelaki yang dengan selamba merampas dia dengan tenang dari ikatan lama itu.
Masalahnya, Haniff bukan jenis lelaki biasa. Dia mulut manis, suka menyakat, dan langsung tak reti kalah bila bertekak. Lagi Calyssa cuba melawan, lagi Haniff buat dia terperangkap dengan rasa bahagia yang tak pernah dia jangka.
Dalam gurauan yang tak pernah kering, Haniff selalu ada cara buat Calyssa sedar... mungkin inilah cinta sebenar yang dia tunggu selama ini.
"Sumpah, saya menyesal kenal awak." - Calyssa Evelina
"Nanti awak akan bersyukur." - Haniff Evender.
Dalam pelbagai helah, akhirnya Calyssa tiada pilihan selain menurut lelaki yang datang dan memporak perandakan hidupnya dengan cara paling tenang.
"Haniff! Dia nampak!" - Calyssa Evelina
"Baguslah. Senang kerja saya." - Haniff Evender.
"Awak nak bunuh saya ke apa?!" - Calyssa Evelina
"Tak. Saya nak awak hidup selamanya, tapi... dengan saya." - Haniff Evender
Sebuah kisah romantik penuh tawa, usikan manis, dan bahagia yang datang selepas luka. Kalau Calyssa tahu jadi isteri Haniff seseronok ini, dia mungkin dah kata 'ya' dari awal lagi.
When the 1ove comes : ALIALICIA
[Unforgettable Universe]
ALI & ALICIA BUTTERFLY ERA
Sebuah alam semesta yang tak terlupakan, sebuah kisah yang akan terus terpatri di hatimu. 'Unforgettable Universe'-di mana rahasia, cinta, dan takdir bersatu
ALL CHARACTERS MILIK WAU ANIMATION!! aku cuma buat fanfic aja
mentahan cover aku ambil di Pinterest, sisanya diedit 🙏🏻🙏🏻