My Husband: Rider of The Last Shadow (OG)
 13 parts Ongoing Muhammad Haqq Ruzain, seorang juruterbang jet pejuang yang tidak pernah tertarik untuk mengenali mana-mana wanita di dalam hidupnya. Namun siapa sangka, pertemuan demi pertemuan telah mengubah segalanya. Dia mula membuka ruang hatinya untuk mengenali gadis yang bernama Nura Elnara.
Nura Elnara, pelajar dalam bidang perubatan yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Dia menyimpan satu impian besar untuk menebus kembali segala luka dan rasa kecewa yang diberikan oleh abang kandung sendiri terhadap ibu bapanya. Dia berusaha menjadi anak yang mampu menjadi tunjang buat keluarganya.
Pertemuan Haqq dan Nara di LIMA'23 membawa hubungan mereka lebih akrab meskipun mereka sering bertikam-lidah seperti anjing dan kucing. Haqq yang tidak mahu mensia-siakan perasaannya, membuat keputusan berani melamar Nara secara tiba-tiba. 
"Jom kahwin dengan aku, nak?" -Haqq
"Awak ajak kahwin macam ajak main pondok-pondok kan?"  -Nara
"Nara, aku tak main-main. Nak kahwin dengan aku tak?" -Haqq
"Maaf, tapi saya tak nak." -Nara
Lamarannya ditolak. Namun perasaan Haqq tidak pernah mati. Dia yakin, Nara adalah jodohnya dan dia memilih untuk terus menunggu.
"Kalau kita berjumpa semula, kau kena terima lamaran aku. Itu dare untuk kau, boleh?"  -Haqq
"Baik, saya setuju," -Nara
Nara yakin mereka tidak akan bertemu lagi. Tapi takdir berpihak pada Haqq. Mereka dipertemukan semula. Saat Nara bergelut menyelamatkan keluarganya, Haqq muncul membawa perlindungan, membawa cinta dan membawa janji lama.
Sejauh mana seorang wanita sanggup berkorban demi keselamatan keluarga dan cinta sejatinya?
Dan sejauh mana seorang Haqq Ruzain sanggup berjuang untuk melindungi wanita yang pernah menolak lamarannya dulu?
"You know, Nara... whenever I open my heart, you're the only one I let in. And when I close it... you're still the one I hope never leaves." -Haqq Ruzain-
Start: 1 july 2025
End: